Home Viral “Saya terima suami seadanya” Farhana kahwini lelaki OKU hilang penglihatan

“Saya terima suami seadanya” Farhana kahwini lelaki OKU hilang penglihatan

130
0

“Saya terima suami seadanya” Farhana kahwini lelaki OKU hilang penglihatan

Kajang: “Saya terima suami seadanya, mudah-mudahan dia ada rezeki lihat saya di sana (syurga),” kata Nadiatul Farhana Mat Sihap.

Nadiatul Farhana, 34, adalah guru kaunseling di sebuah sekolah menengah dan ditakdirkan bertemu jodoh dengan Muhammad Razlan Ibrahim Mukthar, 29, yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan.

Lihat Video

Menurutnya, sikap positif ditunjukkan menyebabkan dia tertarik berkenalan lebih rapat seterusnya menerima lamaran untuk menjadi isterinya.

“Kami berkenalan di platform Club House dan niat saya aktif di situ bukan untuk cari jodoh tetapi berkongsi ilmu berkaitan kesihatan mental tapi ditakdirkan kami bertemu jodoh pula.

“Daripada awal perkenalan saya tahu keadaan suami kerana nampak gambarnya dan tak ada masalah kerana apa yang penting, dia berjiwa besar serta pendengar yang baik.

“Lagipun, saya sudah berbincang dengan keluarga terutama ibu yang sangat menyokong hasrat saya (untuk berkahwin),” katanya ketika ditemui Harian Metro di Stadium Kajang, di sini.

Nadiatul Farhana berkata, ramai berpesan kepadanya untuk menjaga suami dengan baik selepas berkahwin.

MUHAMMAD Razlan dipimpin oleh isterinya Nadiatul Farhana bersiar-siar sekitar pekan Kajang. 

“Orang kata jaga (suami) elok-elok, sebenarnya dia yang jaga saya elok-elok.

“Walaupun tak dapat melihat, suami sangat berdikari dan orang mungkin ingat saya banyak bantu, hakikatnya kerja rumah pun dia (suami) bantu.

“Paip dan lampu rosak, dia boleh baiki malah perabot rumah yang kami beli pun suami pasang sendiri.

“Sepanjang perkahwinan, suami banyak ajar saya cuba benda baru,” katanya

Nadiatul Farhana berterima kasih kepada semua pengikut yang mendoakan hubungannya dan suami selepas menonton video perkongsiannya di TikTok.

“Niat saya berkongsi ‘content’ dengan suami bukan untuk jadi terkenal tetapi didik dan buka mata masyarakat juga berkongsi idea serta beri inspirasi kepada yang menonton,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Muhammad Razlan mengakui takut untuk menjalin hubungan dengan wanita kerana ada pengalaman tidak diterima keluarga kenalan dahulu.

Jadi, katanya, pengalaman itu membuatkannya takut untuk bercinta dan berumah tangga pada awalnya.

“Tapi selepas bincang dengan isteri macam mana nak beritahu keluarga dan kemungkinan jika (keluarga) tak terima, kami teruskan juga.

“Alhamdulillah, Allah permudahkan kerana kami berkenalan tak lama iaitu pada Julai 2021 dan berkahwin 12 November tahun yang sama.

“Saya tertarik dengan isteri kerana ‘lihat’ dia ada kelembutan dan bersemangat tinggi sejak kali pertama kami berjumpa serta bersembang ,” katanya yang tidak dapat melihat sepenuhnya sejak berusia 10 tahun akibat glukoma.

Meskipun buta kedua mata, Muhammad Razlan tidak melihat ia sebagai masalah besar dalam hubungannya dengan isteri.

“Bukan soal boleh tengok atau tidak tapi bagaimana saya guna deria lain iaitu mendengar dan sentuhan semaksimum mungkin.

“Sebagai suami, saya janji akan cuba bahagiakan dia (isteri) dan jadikan rumah tangga kekal sampai syurga

“Nak janji bulan bintang tak mampu maka akan cuba ikut apa yang mampu dibuat,” katanya.

Sumber: hmetro

 

Previous article“Kau jangan ambil hati aku la” reaksi Dato Yusof Haslam depan Sarah di SRL jadi perhatian
Next article“Jangan macam ni” sekali Erra Fazira buat kenyataan perceraian Engku Emran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here