“Terharu saya” sekali Dato Seri Siti Nurhaliza tiba tiba bagi komen pada Kak Lina Pom Pom
Selebriti versatil, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom menyuarakan hasratnya untuk memberikan sedikit sumbangan buat saudara sesama Islam di Palestin yang sedang bergelut dengan peperangan bersama tentera Isrel.
Nak sumbang RM10k
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG) Story.
Syukur Alhamdulillah, terharu saya bila rakan artis sudi menyumbang untuk Gaza. Semoga bertambah rezeki saya doakan.
Menerusi perkongsian itu, Kak Lina menyatakan keinginannya untuk memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 buat Yayasan Nurjiwa.
Assalamualaikum TokTi nombor syatu, Kepom macam nak bagi sumbangan sikit tapi tak banyak.
RM10,000 untuk Palestin.
Sekadar info, Yayasan Nurjiwa merupakan sebuah pertubuhan yang ditubuhkan sendiri oleh Siti dan suaminya yang juga merupakan usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Selain Elly, antara artis serta pempengaruh yang turut mengumumkan bakal memberikan sedikit sumbangan kepada saudara Islam di Palestin termasuklah Sharif dan Syaiful Zero, Aeril Zafril dan Hafiz Mahamad.
Sumber : ohbulan