‘Ada petunjuk baru’ polis periksa rumah dekat lokasi penemuan myat adik Zayn Rayyan
Petaling Jaya Polis malam tadi melakukan pemeriksaan di beberapa unit kediaman di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, dipercayai bagi mencari petunjuk baharu dalam kes pembnuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, pemeriksaan dijalankan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya serta Unit Forensik Bukit Aman.
Arwah adik Zayn Rayyan
Katanya, unit rumah yang diperiksa itu terletak di blok lain daripada Blok R yang menempatkan kediaman keluarga mangsa dan berhampiran lokasi Zayn Rayyan ditemukan.
“Setakat ini, proses mengesan petunjuk baharu sedang giat dilakukan dan masih belum ada mana-mana suspek ditahan,” katanya hari ini.
Terdahulu, pasukan polis bersama Unit Forensik tiba di Apartmen Idaman pada 6.26 petang sebelum dilihat meninggalkan lokasi pada 7.34 malam.
Mengulas mengenai tahap keselamatan di Apartmen Idaman pada masa ini, Fakhrudin berkata, pihak polis sentiasa membuat kawalan dan meminta penduduk tidak perlu gusar.
Katanya, pertemuan antara polis bersama penduduk akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi menjelaskan situasi terkini keselamatan di kawasan berkenaan.
Terdahulu, polis dilapor memperoleh petunjuk dalam siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan yang terarah kepada seorang suspek.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, ia berdasarkan petunjuk, kesan jerutan dan pergelutan ditemui pada tubuh kanak-kanak austisme berusia enam tahun itu.
Sumber : hmetro