Home Petua Tips Abang nak jadi polis trafik, getah rambut adik jadi ‘mangsa’! Dah pandai...

Abang nak jadi polis trafik, getah rambut adik jadi ‘mangsa’! Dah pandai tegur cara pemanduan mak ayah

108
0

VIDEO ‘cabaran Gucci’ kini menjadi trending di media sosial, termasuk menjadi ikutan dalam kalangan pengguna Malaysia.

Dengan kreativiti menggunakan baju dan props sedia ada, masing-masing lincah beraksi seperti model fesyen antarabangsa.

Namun lain pula video menunjukkan seorang aksi kanak-kanak, yang memakai kostum ‘polis trafik’ buatan tangan sekali gus menarik perhatian ramai kerana kecomelannya.

Bercakap kepada mStar, ibu kepada si cilik, Nadiah Nasrudin berkata, video melibatkan anak lelakinya, Nayl Muhammad Faris berusia enam tahun sebenarnya bukanlah dibuat semata-mata untuk mengiku trend yang kini popular dalam kalangan netizen.

Sebaliknya, wanita berusia 33 tahun itu memberitahu, kostum polis trafik tersebut dihasilkan sempena sambutan Hari Karier di tadika anaknya, pada Jumaat lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Bukan buat video content semata-mata, tapi anak saya ada sambutan Hari Karier di tadika. Murid-murid diminta untuk pakai baju kerjaya yang diimpikan bila besar nanti.

“Anak beritahu dia teringin nak jadi polis trafik. Dia tak sebut polis, tapi lebih specific nak pakai baju polis trafik warna putih dan seluar hitam,” katanya ketika dihubungi.

model polis trafik 3

Penampilan kacak Nayl sebagai polis trafik.

Nadiah berkata kostum itu tak dibeli di kedai, sebaliknya dia dan suami berusia 34 tahun memikirkan cara kreatif buat anak sulung daripada dua beradik itu.

“Anak beritahu ada Hari Karier pada Selasa, jadi malam tu saya dah geledah barang-barang di rumah untuk diguna semula dan jadikan sebagai kostum polis trafik.

“Saya dan suami guna baju cotton putih anak, kemudian print logo-logo PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan tampal atas kotak cereal untuk dijadikan name tag, dan lekat guna pin lampin.

Masking tape dijadikan sebagai jalur putih di tepi seluar hitam. Walkie talkie dan pistol guna permainan anak, dan wayar walkie talkie guna getah rambut adik perempuannya berusia empat tahun,” ujarnya yang menetap di Klang, Selangor.

model polis trafik 2

Nayl memenangi kostum terbaik.

Tambahnya lagi, kasut but juga adalah milik anaknya yang pada asalnya berwarna biru sebelum disembur dengan cat hitam.

“But tu sebenarnya anak pakai untuk tolong suami berkebun di rumah. Tak sangka anak betul-betul nak kami spray but tu dengan warna hitam.

“Selain topi dan tali pinggang hitam sebagai aksesori, rantai wisel pula guna gelang silver. Alhamdulillah kostum polis trafik anak menang sebagai kostum terbaik,” katanya sambil menambah proses pembikinannya dilakukan secara berperingkat sehingga Khamis.

model polis trafik 4

Antara kostum yang pernah dipakai Nayl.

Mengenai polis trafik, Nadiah yang bertugas sebagai guru itu berkata, anaknya amat kagum dengan kerjaya itu kerana sering melihatnya saban hari.

“Bila balik kampung beraya ke Kelantan hari tu nampak polis trafik, pagi-pagi nak ke tadika pun nampak polis trafik untuk mengawal lalu lintas.

Anak kata kalau jumpa polis trafik, dia nak minta izin untuk tekan butang bagi bunyi siren pada motosikal atau kereta peronda polis.

NADIAH NASRUDIN

“Anak sendiri jadi ‘polis trafik’ dalam kereta, kadang-kadang tegur Abi iaitu ayahnya yang terus memandu bila lampu isyarat bertukar kuning sedangkan ia membawa maksud bersedia untuk berhenti.

“Kalau saya yang memandu nak tukar lorong, guna lorong paling kanan atau potong kenderaan lain, anak sangka saya pandu laju sedangkan tak melebihi had laju. Dia ingat kalau kereta lebih laju daripada kenderaan lain kira pandu laju,” ujarnya secara berseloroh.

model polis trafik 5

Nadiah (dua, kiri) dan Nayl (kiri) bersama suami (dua, kanan) dan anak perempuan.

Menyifatkan Nayl sebagai pemalu tetapi tidak kekok bergaya di hadapan kamera, Nadiah berkata, anaknya sehingga kini belum berkesempatan untuk bertemu dengan polis trafik.

“Keluarga kami tiada yang latar belakang polis. Anak kata kalau jumpa polis trafik, dia nak minta izin untuk tekan butang bagi bunyi siren pada motosikal atau kereta peronda polis,” katanya.

Video anaknya memakai kostum yang dimuat naik di aplikasi TikTok meraih lebih 800,000 tontonan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber:Mstar

Previous articleSheera Iskandar Bersalin Anak Sulung, Tahniah Dapat Baby Girl
Next article“No, not Alisa, chef,” – [VIDEO] Gelagat Alisa Aisyah jadi chef buat ramai ger4m

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here