Pada awal Disember tahun lalu, penyanyi Elyana berkongsi berita gembira memaklumkan dia kini sudah bebas daripada peny4kit k4nser limf0ma tahap empat.
Anak nak ibu normal
Ketika ditemui OhBulan!, Elyana, 35, menyatakan dia ingin memberi tumpuan dan masa kepada kedua anaknya iaitu Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani.
Kata Elyana, Cinta pernah memberitahu impiannya yang menginginkan bonda (panggilan untuk Elyana) sentiasa sihat dan menjalani rutin normal seperti ibu kawan-kawannya.
Sudah 22 tahun saya terlibat dalam industri ini dan sudah puas bekerja. Inilah masanya saya cipta memori bersama anak-anak. Saya tak mahu bila besar nanti mereka hanya ingat tentang kisah ibunya s4kit.
Tiada apa yang saya kejar lagi. Saya mahu gembira, kesihatan yang baik dan ketenangan. Anak selalu harapkan saya menjadi ibu normal seperti orang lain yang tidak s4kit dan menemani dia ke mana sahaja.
Dialah yang selalu berharap agar saya menjadi ibu normal seperti ibu rakan-rakannya. Seorang ibu yang tidak s4kit, akan teman dia berenang dan lakukan semua aktiviti bersama-sama. Inilah yang anak-anak saya nantikan selama ini.
Elyana berkata demikian ketika ditemui pada konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad malam.
Tambah pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal, dia masih berasa seperti dalam mimpi kerana doa yang dimohon sejak lebih sedekad sudah termakbul.
Selama ini orang selalu bercakap, sabarlah kerana setiap ujian pasti ada pelangi di hadapan. Perkara ini terjadi kepada saya. Ini adalah pelangi yang saya nantikan.
Pernah sebelum ini saya tidak lagi berharap akan sembuh, hanya mahu kuat untuk terus hidup. Sampai sekarang rasa seperti mimpi, apa yang saya doakan sudah berlaku akhirnya.
Sebelum ini, Elyana membuat pended4han mengh1dap k4nser limf0ma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017.
Dalam pada itu, pelantun lagu Diriku Tapak Sulaiman berkata dia masih perlu menjalani empat lagi r4watan kem0terapi yang dijadualkan akan bermula pada bulan hadapan.
Saya masih ada lagi empat sesi dan seterusnya pada Februari nanti. Sebenarnya doktor ada juga mencadangkan untuk saya membuat transplan, tetapi ia memakan kos yang sangat besar.
Cuma, saya harap tak perlu nak buat transplan selepas selesai buat kemoterapi. Malah, ketika ini saya juga sedang ambil beberapa suplemen yang menurut pakar memang elok untuk kesihatan saya.
Terdahulu, Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar Husin pada tahun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Cinta Sumayyah, 12, dan seorang anak angkat iaitu Cahaya Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/