Home Petua Tips Tiba Tiba Tun M Kata “Bossku Bijak” Rupanya Ada Sebab

Tiba Tiba Tun M Kata “Bossku Bijak” Rupanya Ada Sebab

230
0

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dalam hantaran terbaharu di laman Facebook menulis tentang norma baharu yang menurut beliau telah mewujudkan pertukaran nilai yang dicipta dan diperkenalkan oleh orang tertentu demi kepentingan diri mereka.

Bekas perdana menteri itu mengambil contoh bagaimana selama ini seorang pencvri dianggap sebagai penjenayah yang dipandang rendah, tidak diterima baik malah jauh sekali untuk memimpin rakyat.

“Sekarang penilaian kita terhadap pencurian sudah berubah. Jika pencuri menjadi pengetua kita, kerana dia “boss” kita, pencurian olehnya boleh diterima.

“Kita tidak perlu malu jika “boss” kita mencvri. Kita laungkan slogan, “Malu apa. Dia Boss kita”. Ini sudah jadi norma baru kita. Lagi pun dia tidak cvri duit kita.

“Dan dia bagi sedikit kepada kita,” katanya.

Menulis lebih lanjut, Dr Mahathir berkata, orang yang memegang kepada norma lama tidak memberi duit pegang kepada kita.

Katanya, ada yang berpendapat “Bossku” akan memimpin Kerajaan Melayu Islam sedangkan mengikut norma lama pencuri tidak layak jadi pemimpin kerajaan Melayu Islam.

Malah, beliau berkata, kerajaan tidak Islam pun, tidak terima pencuri untuk memimpin.

“Itu norma lama. Tetapi kita sekarang terima norma baru. Norma baru ini terima pencuri jika ia Melayu. Okaylah jika Kerajaan Melayu Islam dipimpin oleh pencuri asalkan dia Melayu.

“Orang bukan Melayu tetap salah walaupun mereka baik, tidak mencvri, bersopan santun.

“Tetapi mengikut norma baru; mereka, orang bukan Melayu ini boleh diterima jika mereka hulur wang kepada kita,” katanya.

Dr Mahathir meneruskan pandangannya dengan berkata, norma baharu juga menyaksikan bukan Melayu yang baik tidak sama dengan Melayu yang tidak baik dan pada masa yang sama Melayu yang baik pun tidak baik jika tidak menghulur.

Norma baharu, katanya, berbeza dari norma lama, kerana yang baik, tidak baik dan yang tidak baik, baik.

Beliau berkata, dengan menerap norma-norma ini kegagalan akan dianggap sebagai kejayaan, maka bertuahlah masyarakat norma baharu.

“Sebab itu kita terpaksa gantikan Kerajaan pilihan rakyat dengan Kerajaan pintu belakang.

“Sogokan juga diberi nama baru. Ia dikenali sebagai BR1M. Sebagai BR1M ia halal.

“Yang menjadi masalah ialah mereka yang masih anggap sogokan dengan norma baru ini masih sogokan. Mereka ketinggalan norma.

“Tukarlah. Terimalah norma baru. Jika tidak kamu akan tersungkur.

“Sesungguhnya “Bossku” bijak.

“Dengan penerimaan norma baru, yang kalah menang dan yang menang kalah.

“Syabas,” katanya.

Sumber : MlaysiaGazette

Previous articleHari Ini 40 Jemaah Tabligh Malaysia Akn Pulang Dari India.Ini Kata2 Menteri Kanan Ismail Sabri Yg Padu
Next articleIni Senarai Lima Negeri Yang Mencatatkan Kes Baru COVID-19 Hari Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here