Home Petua Tips Minta Jaga Anak Terus Baling Enset Sebab Main Mobile Legend.Rupanya Isteri Ada...

Minta Jaga Anak Terus Baling Enset Sebab Main Mobile Legend.Rupanya Isteri Ada Sebab Suruh Suami Berhenti Main

686
0

Foto sekadar hiasan

Assalamualikum ..di ruang ini dapat aku luah sikit apa yang aku simpan selama ini. Aku cuma nk luahkan perasaan aku yg terpendam.

Selama aku kawin dengan si suami 1 thun 4 bulan langsung xbhgia .

Bulan pertama kedua je aku rasa diberi kasih syg sikit lepas tu dia abaikan aku.

Baru2 ni ada masalah antara kami,aku mintak dia jagakn anak sekejap sbb aku nk berbuka puasa.

Ganti time tu dia tgh main game mobile lagend..serius aku paling benci dia main game tu sebab dia lupa segalanya.

 

Foto hiasan

Rela xbuat keja lain  nk tnggu game tu habis  sedangkan keje rumah banyak yang kena buat.

Aku mintak dia jagakn ank time dia main game tu.

Then dia dtg campak enset dekat almari kasut aku dgn muka bengang tersentap la aku .

Aku ckp la kat dia xpela xblh jaga ank trus aku berlari mnagis masuk bilik.

Ank aku tinggalkan dlm bilik kami dia dh jaga tpi lepas beberapa minit dia ketuk pintu sekuat hati kalau xbuka dia akn pecahkn pintu tu,

Aku buka la sbb tu bukan rumah kami ,kami hanya menyewa rumah tu nanti tak pasal kena ganti pintu lakk.

Dia masuk tngking aku then baling enset dia depan aku berkec4.i .

“Aku minta ganti kejap je Tapi time main mobile legend tu lagi penting,sekali ini yang aku kena pulak”

Dia mmg pnas b4.ran ..aku tahu masa aku mgandung prngai dia mnjadi2 baran.

Satu lgi cerita yg mnyakitkan hati aku ni surirumah xde simpanan langsung .

Aku kuarkan duit i sinar mintak dia simpankn dlm bank dia sbb aku ni jenis xblh simpan duit.

Then aku mintak duit aku balik nk beli brg kemas dia xnk bgi katanya duit tu dia nk buat raya..

aku ckp hram pakai duit istri kalau istri tidak redha pastu dia ckp nape xblh tolong suami ke ,selama ni

yg dia bagi xckup ke dgn nada mrh dan menenking .

Aku terdiam min,aku xthu nk buat ape skrg ni..aku stress dgn prngai suami mcm tu.

Macam mana aku nak atasi perangai baran suami aku ni.

Cara mengatasi masalah suami pnas baran

Apabila terdapat perbuatan suami yang memudaratkan isteri seperti sentiasa dipukul, dicaci m4.ki, diancam dan dipaksa mengerjakan perkara hram, adakah boleh isteri meminta fasakh kepada hakim?

Para fuqaha berbeza pendapat mengenai masalah berkenaan. Menurut Imam Malik dan Ahmad, wanita berhak meminta fasakh kepada hakim di atas kepedihan dan penderitaan yang dilaluinya akibat perbuatan suami dengan syarat isteri sudah berusaha mengatasi masalah itu.

Apabila hal berkenaan sudah dilaporkan kepada hakim, maka hakim akan membuat penelitian yang sepatutnya. Jika terbukti apa yang dilaporkan isteri atau suami mengakui laporan itu serta penderitaan dialami isteri sememangnya tidak dapat ditahan oleh wanita lain, maka hakim mahkamah hendaklah berusaha menasihati dan mengislahkan suami isteri berkenaan.

Seandainya usaha hakim tidak berhasil, hendaklah dia menjatuhkan talak kepada wanita itu bagi pihak suaminya (talak ba’in). Komunikasi yang baik terhadap isteri adalah melayaninya dengan baik, lembah lembut, bertolak ansur sama ada dalam hubungan fizikal atau mental.

Ia bersesuaian dengan sifat semula jadi wanita yang lembut dan mudah terguris hatinya. Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bergaullah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-bengkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis itu menerangkan cara komunikasi berkesan terhadap wanita. Berlaku kasar terhadap isteri termasuk kata-kata serta tindakan yang menyakitkan fizikalnya.

Tindakan yang menyakitkan perasaan isteri antaranya mencari-cari kesilapannya, khianat serta mengganggu ketenangan isteri pada malam hari seperti pulang lewat malam selepas berfoya-foya atau bersembang di luar.

Daripada Jabir: “Nabi SAW melarang suami mengetuk pintu keluarganya pada malam hari, melarang khianati mereka atau mencari-cari kesalahan mereka.” (Hadis Riwayat Muslim)

Suami yang baik sentiasa menghormati dan melayani isteri dengan penuh sopan dan bersabar walaupun ada tingkah laku isteri yang tidak disukainya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah an-Nisaa’, ayat 19)

Jika suami gagal berkomunikasi dengan baik terhadap isteri sehingga membawa masalah besar, isteri boleh menasihati dan mengingatkan suami akan hak berkenaan.

Sebaliknya, jika suami enggan berubah, isteri boleh meminta bantuan orang tengah untuk menasihatinya. Jika tidak berhasil juga, isteri boleh mengadu ke mahkamah syariah untuk mengambil tindakan tertentu kepada suaminya supaya tidak mengulangi kekasarannya.

Suami perlu melayani anak-anak yang masih kecil. Teladani Rasulullah yang menunjukkan sikap lemah lembut kepada wanita dan kanak-kanak.

Perbuatan suami puan jelas bertentangan dengan apa yang disyariatkan dalam mendidik, menjaga serta membesarkan anak-anak. Jika perbuatan itu tidak dikawal dan diperbetulkan, ia memberi kesan terhadap emosi dan pembesaran anak-anak.

Jika puan rasakan matlamat perkahwinan masih boleh dicapai, puan perlu berusaha memperbaiki tingkah laku suami khususnya dalam menghadapi kerenah anak-anak.

Puan boleh memujuk suami mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor atau mana-mana orang yang dihormatinya. Jika tidak mampu lagi menanggung penderitaan, puan boleh rujuk masalah itu ke Mahkamah Syariah untuk membubarkan perkahwinan.

Sumber dari peguam Syarie,susunan admin NV,KRT

 

 

Previous articleRvpanya Lelaki Wrga Asing Yg ‘Hulur RM1OO’ Kpd Pakcik Meniaga di Kaki Lima Cukup Dikenali Ramai
Next article‘Jika Kakak M4ti Siapa Nak Jaga Ibu’ – Putri Nur Zulaika Pergi Jua, Sempat Ucap Saya Sayang Ibu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here