KOTA BHARU – Hampir 1,500 penduduk di Kampung Lundang Paku, Kubang Kerian di sini menyerbu pasar pagi yang dihadiri oleh pelakon KL G4ngster, Datuk Adi Putra semalam.
Adi Putra atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, 40, hadir ke pasar pagi itu selepas menerima jemputan daripada Pergerakan Puteri UMNO Kubang Kerian untuk membantu menjual ikan dan sayur-sayuran pada harga yang murah.
Menurut Adi Putra, dia turun ke pasar pagi itu dengan menjual barangan basah berkenaan pada harga RM10 sahaja untuk dua kilogram ikan selayang dan kerisi selain pelbagai jenis sayur-sayuran.
“Semua jualan habis dalam tempoh 20 minit. Saya membantu Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi dalam melakukan kerja amal bagi meringankan beban penduduk kampung di sini.
“Bertepatan dengan slogan ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan kerajaan, ini merupakan usaha saya untuk bertemu dengan masyarakat di kampung.
Sebenarnya, saya sudah lama melakukan kerja kebajikan meskipun sibuk dalam bidang lakonan,” katanya ketika ditemui Kosmo! dalam Program Pasar Pagi anjuran Pergerakan Puteri UMNO di Kampung Lundang Paku, Kubang Kerian di sini semalam.
Menurut Adi Putra, kehadirannya ke program itu juga merupakan satu bentuk sokongan moral kepada masyarakat yang terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini.
Ujarnya, program jualan murah di pasar pagi itu akan diteruskan di beberapa negeri lain selepas ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://www.sinarviral.com/