Perkara yang paling teruja bagi ibu bapa yang baru mendapatkan anak adalah dengan menamakan anak mereka. Kadang kala ada juga yang sudah sedia dengan beberapa pilihan dari pihak suami mahupun dari pihak isteri sebelum si isteri melahirkan.
Sudah tentu ibu bapa akan memberi nama yang bermaksud baik serta sedang disebut dan juga didengar orang lain. Tidak dinafikan, mengikut peredaran zaman pelbagai nama telah muncul. Ada yang nama hanya satu patah perkataan, ada yang panjang, ada yang ala-ala barat dan bermacam lagi.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook yang juga merupakan seorang ibu telah berkongsi mengenai nama anak perempuannya.
Balik sekolah tadi dia tanya soalan..
Bebey: Ibu boleh tak Bebey nak lahir semula??
Ibu: haa kenapa pulak??
Bebey: Kat sekolah tadi cikgu suruh tulis nama penuh kamu.. Bebey tulis laa NUR RAISHA IZZ ZARA..
Ibu: Wahh hebatnya Bebey tulis nama penuh.. Tapi kenapa pulak Bebey nak lahir semula??
Bebey: Yelaaa nanti bila ibu dah lahirkan Bebey semula ibu letak je nama bebey Zara kan ada 4 huruf jer xde laa lengguh tangan Bebey nak tulis panjang2 kan simple je tu cepat siap tulis..
Dikatakan anaknya mengeluh selepas pulang dari sekolah kerana mempunyai nama yang terlalu panjang sehingga menyebabkan tangannya lenguh. Apa yang lebih melucukan lagi, anaknya itu meminta dia dilahirkan semula supaya ibunya dapat menamakan dia dengan nama yang pendek. Menjengah di ruangan komen, Puan Wan Aziela berharap perkongsiannya dapat dijadikan pengajaran kepada semua.
KOMEN NETIZEN;
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber :Â Wan Aziela / khalifahmedianetworks.com