Home Petua Tips Sidang Media Khas:Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (16 Mei 2020) Agak Terperinci Dari...

Sidang Media Khas:Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (16 Mei 2020) Agak Terperinci Dari Ismail Sabri

265
0

1. Selamat Hari Guru kpd semua guru atas sumbangan, jasa, bakti & pengorbanan mereka selama ini. Dengan tema “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi baharu”, diharap para guru terus komited utk mendidik anak bangsa

2. Task Force Operasi Pematuhan

– 73,116 pemeriksaan telah dilaksanakan semalam bagi memantau & menguatkuasa pematuhan SOP PKPB di seluruh negara
– Sebanyak 4,671 pasar raya, 4,073 restoran dan 1,176 kilang serta 3,429 bank telah diperiksa

– Pemeriksaan juga telah dibuat di 957 terminal pengangkutan darat, 357 terminal pengangkutan air dan 149 terminal pengangkutan udara

– Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah memeriksa sebanyak 33,168 buah kenderaan persendirian, 2,335 kenderaan awam & 28 vessel air

– 2,621 pasar awam, 4,209 tempat ibadah, 1,366 tempat riadah & 365 tapak binaan telah diperiksa

– 3,332 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan yg melibatkan 18,770 anggota

– Pihak berkuasa akan ambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang didapati tidak patuh kpd SOP

3. 72 individu telah ditahan semalam atas kesalahan melanggar SOP, 60 daripadanya direman & 12 dijamin.

4. PDRM telah mengenakan 146 Sekatan Jalan Raya Rentas sempadan negeri (inter-state) di seluruh negara & memeriksa 238,500 kenderaan

5. 508 kenderaan cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung semalam telah diarah berpatah balik oleh PDRM

6. Kawalan Sempadan Negara

– Kerajaan memandang serius percubaan beberapa pihak untuk membolosi sempadan negara termasuk melalui lorong-lorong tikus
– Dari 1 Mei hingga 15 Mei 2020, pihak berkuasa telah berjaya men4ngkap 1,408 PATI yg cuba memasuki negara secara haram melalui lorong-lorong tikus, darat & laut

– Pihak berkuasa telah mengenal pasti tekong yg terlibat dlm percubaan bawa masuk PATI & berjaya menangkap 14 tekong

– Kerajaan akan terus memantau dan mengetatkan kawalan di sempadan darat dan laut terutamanya di lorong-lorong tikus bagi menyekat kemasukan PATI dan memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara

7. Operasi Sanitasi Awam COVID-19
– Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 6,405 operasi sanitasi termasuk di 76 Zon Kuning & Merah. Sebanyak 10,057 premis Kerajaan, premis perniagaan dan kawasan awam telah disanitasi

– Semalam, 97 operasi sanitasi meliputi 38 Zon Merah & Kuning di 12 buah negeri, termasuk 35 di Johor, 18 di Sarawak & 16 di Sabah

8. Pengurusan Pusat Kuarantin
– Sehingga 15 Mei 2020, 232 Pusat Kuarantin telah beroperasi & 14,219 individu sedang menjalani kuarantin wajib
– 975 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air semalam & dikuarantin wajib
– Seramai 36,170 rakyat Malaysia yg pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020. Sehingga hari ini, seramai 28,330 individu selesai menjalan kuarantin wajib & dibenarkan pulang

9. SOP Solat di Masjid
– Bermula semalam, kebenaran telah diberikan bagi pelaksanaan Solat Jumaat, Solat berjemaah, Solat Sunat Tarawih & Solat Sunat Aidilfitri di masjid dan surau di Zon Hijau, di Wilayah Persekutuan

– Sebanyak 25 masjid dan 30 surau Jumaat di Wilayah Persekutuan telah melaksanakan Solat Jumaat semalam dan secara keseluruhan hampir kesemua masjid & surau mematuhi SOP yang ditetapkan
– Terdapat laporan mengenai pelanggaran SOP oleh pengamal media ketika membuat liputan sewaktu Solat Jumaat berlangsung di Masjid
– Justeru, semua pengamal media diminta memberikan kerjasama dalam memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan ketika membuat liputan
– Terdapat juga laporan mengenai individu yg tidak berada dlm senarai 30 jemaah yg dibenarkan telah menunaikan solat di luar masjid & melanggar SOP
– Perlu ditegaskan bahawa SOP yg dikeluarkan oleh MKN perlu dipatuhi termasuk tidak boleh bersolat di luar masjid dlm tempoh PKPB
– Bagi memastikan pematuhan terhadap SOP oleh semua pihak, PDRM & Rela akan membuat pemantauan & ambil tindakan yg lebih tegas

10. Ahli Program Msia Rumah Keduaku (Msia My Second Home Program) yg terkandas di luar negara dibenarkan kembali ke Msia bermula esok (17 Mei 2020)

– Namun sebelum berlepas ke Malaysia, ahli-ahli program perlu membuat pemeriksaan kesihatan & perlu disahkan negatif COVID-19 terlebih dahulu. Setibanya di KLIA, mereka perlu mematuhi semua peraturan yg ditetapkan termasuk menjalani saringan kesihatan & kuarantin wajib 14 hari
– Kos bagi kuarantin wajib 14 hari ini perlu ditanggung sendiri oleh ahli program.

11. Kerajaan membenarkan pejabat-pejabat agensi pelancongan dibuka bagi urusan pentadbiran, kewangan dan pengurusan penjualan pakej-pakej pelancongan sebagai persediaan sekiranya PKPB ditamatkan

12. Pengangkutan awam tidak dibenarkan menaikkan caj tambang pada waktu ini kerana harga minyak masih di tahap rendah berikutan terdapat aduan berkenaan caj tambang feri ke Langkawi dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis yang dinaikkan sebanyak RM10

13. SOP Pengamal media : Penganjur perlu menyediakan ruang yang bertanda untuk pengamal media dan menghadkan media yang hadir jika didapati ruang tempat mereka terhad/sempit

Sumber : suara.tv

Previous articleKRIS1S Laut China Selatan; China Akhirnya Tunduk Kpd Malaysia, Hormati Semangat Juang TLDM
Next articleSelepas R0hingya Kini 50 bot nelayan Vietnam Pula cer0boh perairan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here