Kisah kontr0versi pelakon Alya Iman yang didkwa menjadi peros4k rumah tangga semakin meruncing apabila seorang individu yang mengaku sebagai ahli keluarga tampil mendedhkan situasi sebenar.
Individu yang memperkenalkan dirinya sebagai kakak kepada Alya memberitahu, bahawa kenyataan yang dikeluarkan adiknya itu sama sekali tidak benar.
“Assalamualaikum, Hi Penny. Saya tak tahu nak mula di mana..saya Lia, kakak kepada Alya.
“Semua kenyataannya tidak betul. Kami semua tak pernah setuju dengan perhubungannya sejak dari awal lagi. Saya tidak menghadiri pun majlis yang kononnya sambutan ulang tahun kelahiran apabila mengetahui suami anda akan berada di sana.
“Tiada majlis pertunangan. Apa yang saya dengar, suami awak melamarnya pada malam itu, itu sahaja. Dia meni1pu!,” dkwa individu tersebut menerusi kiriman mesej peribadi (DM) kepada isteri bekas kekasih Alya, Penny Salman.
Perkara itu kemudian dikongsikan Penny menerusi ruangan Instagram Story.
Ded4h Lia lagi, Alya did4kwa memang seorang yang sukar dikawal selain sering mengenepikan keluarga.
“Sebagai keluarga, kami tak pernah dimaklumkan tentang apa-apa. Dia seorang yang sukar dikawal, sampai kami sebagai ahli keluarga tak tahu nak buat apa dah. Dia tak pernah dengar nasihat kami
“Alya membuat keputusan tanpa sebarang pengetahuan keluarga. Alya tak pernah peduli apa yang keluarga beritahunya.
“Ini bukan pertama kali Alya melarikan diri daripada keluarga dan melakukan satu perkara tanpa sebarang penjelasan kepada ahli keluarga.
“Kami sekeluarga memang tak nak terlibat dengan apa sahaja salah lakunya lagi,” pengakuan Lia.
Bagaimanapun, Penny memberitahu, dia tidak boleh mendedhkan identiti akaun Instagram individu berkenaan.
Astro Gempak cuba mendapatkan kenyataan lanjut daripada Alya, namun gagal apabila dia tidak menjawab sebarang mesej dan panggilan.
Terdahulu, Alya mendkwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.
Alya mengeluarkan kenyataan itu selepas isteri individu tersebut membongkar hubungan sul1it suaminya dengan Alya.
Alya merupakan anak kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha menerusi hasil perkahwinan keduanya.
Alya mempunyai tiga adik-beradik lain, Nur Azalea Arifah, Nur Amalia Batrisha dan Muhammad Bazli Zhafri.
Menerusi perkahwinan pertama, Azmil turut mempunyai seorang lagi anak perempuan, Nur Shamira.
Sumber : gempak