Home Viral “Ahli keluarga sepakat” isteri arwh pemandu grab akhirnya buat keputusan ini walau...

“Ahli keluarga sepakat” isteri arwh pemandu grab akhirnya buat keputusan ini walau disaran pihak trtentu

181
0

“Ahli keluarga sepakat” isteri arwh pemandu grab akhirnya buat keputusan ini walau disaran pihak trtentu

Menurut isteri kepada pemandu Grab, Suriana Muda, pihak hospital telahpun menunjuk gambar keadaan jenazah suaminya yang terlibat dalam tragedi pesawat ringan terhempas baru-baru ini.

Memetik laporan Berita Harian, wanita yang berusia 43 tahun ini bagaimana pun enggan berkongi pada pihak luar keadaan jenazah Sharipuddin Shaari dan biarlah ia menjadi kenangan buat mereka anak beranak.

Isteri arwah

Tak nak kongsi keadaan jenazah

“Saya sudah melihat gambar keadaan jenazah arwah suami melalui gambar yang ditunjukkan pihak hospital namun setakat ini tidak mahu kongsikan dengan pihak luar dan biarlah ia menjadi rahsia,” katanya.

Suaminya, Sharipuddin, 53 tahun maaut apabila kereta yang dinaikinya dilanggar pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina Shah Alam, kelmarin.

Dijadikan kenangan buat besarkan anak-anak

Suriana yang juga seorang suri rumah turut berkata rahsia ini akan disimpan dan dijadikan kenangan buat sepanjang hidupnya membesarkan anak-anak.
Mereka sekeluarga masih terkejut dengan tragedi menyayat hati itu dan masih sabar menunggu jenazah keluar untuk dikebumikan.

Proses pengebumian jenazah akan dilakukan berdekatan dengan kediaman mereka di Tanah Perkuburan Islam, Sultan Hishamuddin BBST.

Keluarga ambil keputusan tidak dikebumikan dalam satu liang lahat

“Ahli keluarga sepakat dan membuat keputusan tidak dikebumikan dalam satu liang seperti yang disarankan pihak tertentu,” tambahnya.

Keputusan itu diambil bagi memudahkan urusan mereka sekeluarga untuk menziarahi kubur arwah yang berdekatan dengan kediaman.
Arwah Sharipuddin Shaari yang berasal dari Arau, Perlis ini meninggalkan dua orang anak yang masih bersekolah iaitu Muhammad Sharul Izuan, 16 tahun dan Nur Izzara Arissya, 9 tahun.

Hanya fikir nasib anak-anak…

Buat masa ini, Suriana hanya memikirkan masa depan kedua anaknya itu yang masih bersekolah dan beliau juga tidak bekerja dan tinggal di rumah sewa.

Menteri Pengangkutan hadir beri sumbangan

Sementara itu, melalui ciapan di Facebook, Menteri Pengangkutan (MOT), Anthony Loke turut hadir menghulurkan sumbangan kewangan bagi meringankan beban mereka sekeluarga dan bantu mempercepatkan proses insurans arwah suaminya.

Sumber: Facebook Anthony Loke, Berita Harian Samadi Ahmad, OMM

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Previous article“Takder orang lain sangat ke Dato” Ira Kazar jadi model tudung Aliff Syukri,sekali Dato bagi komen
Next article“Kau lambat aku dah kawin” bekas teman lelaki Intan Najuwa hadir di majlis kawin ,sekali ini terjadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here