” Saya cuma nak tahu kenapa dia terga.mak buat begitu dan apa niatnya sebab seolah-olah dia memang mahu cari pasal sejak dari awal,”.Ini antara luahan hati pelawak dan
pengacara Shuk apabila gerai air nya diserang oleh seorang individu yang tak dikenali.
Sejak semalam tular rakaman sebuah kereta Myvi berhenti di tepi ketika pelawak dan pengacara kontr.oversi, Shuk Sahar, 35, sedang membuat live berniaga air di gerai tepi jalan.
Lelaki menaiki Myvi itu kemudian tiba-tiba keluar dari kereta dan menolak rakan Shuk lalu menterbalikkan meja gerai jualan Shuk.
kejadian berlaku dengan pantas
Penjelasan Shuk
Shuk berkata, dia mengaku masih k sendiriterkejut dengan tinda.kan seorang lelaki asing yang singgah ke gerai minuman dan menolak barangan jualannya.
Bukan itu sahaja dia turut disin.dir berniaga gara-gara kini sudah kehilangan pekerjaan.
Menurut shuk, semasa kjdian, dia bersama pembantu peribadinya, Iskandar Nurzaman, 23, sedang berniaga air minuman di tepi jalan di kawasan tersebut sebelum didatangi seorang lelaki berbaju hitam yang menaiki kereta Myvi berwarna putih.
” Dia memberhentikan kenderaanya di depan gerai, tetapi dari awal lagi saya sudah rasa pelik, dia pegang telefon seolah-olah sedang merekod vdeo.
” Saya dan Iskandar tanya dia mahu beli minuman yang mana sebelum tiba-tiba disin.dir oleh lelaki itu.
” Bera.ng dengan tindakannya, Iskandar cuba mempertahankan saya sebelum lelaki tersebut bertindak agre.sif dan cuba memu.kulnya.
” Saya cuba halang dan mungkin kerana tidak puas hati, dia kemudiannya menolak barangan jualan di meja sebelum pergi begitu sahaja,”katanya.
Shuk berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia berikutan kjdian tersebut yang berlaku di Wangsa Maju, hari ini.
Bagaimanapun,menurut Shuk, dia tidak marah dengan apa yang berlaku sebaliknya kebingungan dan tertanya-tanya apakah motif sebenar lelaki berbaju hitam tersebut.
” Saya sempat tengok nombor plat keretanya tetapi tak akanlah saya nak sebarkan pula. Buat masa sekarang, saya tengok dulu macam mana, kalau perlu buat laporan polis, mungkin saya akan pergi ke baIai.
Shuk sebelum ini terpa.lit dengan beberapa kontr.oversi membabitkan rumah tangganya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, 24.
Dia juga menjadi bahan bualan ramai berikutan perlucutan jawatannya sebagai penyampai radio Hot FM baru-baru ini.
Tersebar gambar sebelum kjdian.
Dalam pada itu, rata-rata netizan merasakan kjdian meja diterbalikkan itu seakan sudah dirancang dan merupakan satu lagi gimik seperti yang di lakukan oleh Shuk dan isteri sebelum ini dalam usaha mereka untuk melariskan produk.
Ini kerana terdapat vdeo dari minit awal yang dikongsikan oleh Shuk sendiri di laman Facebook beliau, Shuk Sahar menampakkan sebuah kereta Myvi putih yang diparking di kawasan belakang gerai Shuk dan seakan sama dengan Myvi yang digunakan lelaki terbabit.
Berikut gambar yang tersebar sebelum kjdian di mana kelihatan kereta myvi puteh seoalah-olah sudah bersedia.
Meskipun gambar tidak jelas walaupun sudah di zoom, namun jika diperhatikan, nombor plat Myvi itu seakan sama.
Bagaimanapun tidak dapat dimastikan sejauh mana dakwaan ini, apa-apa pun kita tunggu kenyataan lanjut dari Shuk Sahar.
Rata-rata komen ntizen juga percaya ia adalah lakonan semata-mata, namun ramai berpendapat cara sebegitu tidak seharusnya dibuat sekiranya ia betul lakonan kerana boleh memberi kesan dan ikutan tidak baik.
Sumber:utusan dan FB Shuk Sahar