Suruhlah anak-anakmu bersembahyang
Se dari umurnya tujuh tahun
Bimbing mereka lakukan kebaikkan
Hidup dan mati kerana Tuhan
Begitu lah lirik lagu berjudul Suruhlah Anak Bersembahyang nyanyian Huda yang menyeru ibu bapa supaya mula mengajar anak-anak mereka untuk belajar bersembahyang.
Itu juga apa yang dipraktikkan oleh pengacara Zack Merican yang dilihat sudah mula mengajar anaknya untuk bersembahyang walaupun si kecik itu baru berusia tiga tahun.
View this post on Instagram
“Tetapi progression Zander Mikhael dalam memahami kepentingan solat ni, memang patut aku raikan. So harini aku decided untuk record sembunyi-sembunyi solat jemaah Maghrib.”
Menurut Zack, Zander sudah mula menunjukkan minat untuk ikut bersembahyang berjemaah dan mengikuti setiap pergerakannya bersama dengan isteri.
Lebih menarik lagi Zander kelihatan kekal berdiri di atas sejadah sehingga habis solat walaupun aksinya yang sedang solat itu telah dirakam oleh lensa kamera.
Ramai pengikut Zack turut memuji cara didikan yang dilakukan olehnya dan juga isteri.
Kata 0rang melentur buluh biar lah dari rebungnya, jadi tak salah pun sekiranya Zack sudah mula praktikkan ajaran Islam pada anaknya yang masih kecil itu.
Sumber foto dan video: Instagram Zack Merican
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.hotfm.com.my/