Dua kali saya ulang tonton video kereta Proton Waja yang mengelak dari ditahan polis di Sungai Buloh.
Macam dalam babak filem. Cemas kita tengok, tambah cemas orang yang disana.
Hebatlah pemandu Myvi. Sikit pun dia tidak berganjak untuk memberi peluang pada pemandu Waja itu meloloskan diri.
Nampak sungguh terdesak pemandu kereta Waja itu. Sambil menonton, saya tambah seram jika tiba-tiba pemandu Waja, ada senjata dan keluarkan untuk menembak semua dalam usaha melarikan diri. Manalah tahukan.
Imaginasi begini, akibat banyak terpengaruh menonton filem. Apa tidaknya situasi dalam video juga sama seperti filem.
Tetapi memang hebatlah pemandu Myvi itu. Walaupun keretanya dilanyak, diremput. Dia tetap berkeras dan tidak berganjak. Habis rosak kemek kerana dilanyak kereta Waja.
Kereta Waja juga tidak mahu mengalah. Mundur dan rempuh. Mundur dan rempuh sehingga ada ruang untuk lalu.
Kalau Waja itu tiada lesen dan insurans, makanya tuntutan insurans pada kenderaan pemandu Myvi ini. Akan terkesanlah NCD kereta Myvi ini. Saya harap PDRM mempertimbangkan usaha Myvi ini.
Ada jenis manusia, calar sikit kereta pun tidak boleh. Saya tabik pemandu Myvi. Anda hebat
membantu polis menghalang suspek lepas lari. Hero!
Tidak lupa juga kepada pemandu lori. Saya baca komen, ada yang tulis, geram tengok cara polis buat kerja. Katanya tidak pantas dan tidak kena. Saya tidak setuju.
Saya bagi kredit pada polis itu. Dalam keadaan panik, huru-hara, mengambil kira masa yang singkat. Dia perlu ambil tindakan segera. Bukan semua boleh berfikir dengan pantas dalam situasi panik. Ada setengah manusia dia “Black out” seketika.
Dia tidak melatah, dia tidak temb4k ke dalam kereta. Pistol yang dihalakan tempat dia tujukan pada kedua-dua buah tayar. Cara temb4kan yang tidak akan buat pelu.ru tersasar. Jarak temb4kan yang menyebabkan pelvru tidak tersasar.
Waktu kereta Waja berjaya cabut lari, dia tidak melepaskan temb4kan kepada kereta Waja seperti dalam cerita Hollywood.
Kalau dalam filem Hollywood tatkala kereta penjen4yah cabut lari, polis akan menemb4k dari jauh! “Pang!Pang!” Terkena kereta. Penjen4yah berjaya ditumpaskan.
Itu filem. Semuanya dalam aturan. Kalau diaturkan temb4k terkena bahu sedikit, maka terkena. Situasi polis ini dalam realiti. Banyak dia hendak fikir. Nyawa orang awam di sana dan nyawa dia juga.
Dalam pada dia menjalankan kerja, tiba-tiba pemandu ada senjata. Dihulurnya keluar tingkap. Ada juga yang kata seorang sahaja buat kerja tetapi polis ada dua.
Kalau sudah tembk kiri kanan. Bagaimana agaknya situasi itu? Seorang bertugas dan seorang jaga. Janganlah kita bayangkan polis seperti dalam filem. Situasi filem lain. Impak dalam filem perlu “Boom!Boom!” kerana hendak menarik perhatian kita.
Kalau dia mengikut rasa bengang dan marah, siapa-siapa sahaja mungkin jadi panik apabila melihat kereta itu cabut. Barangkali akan menembak bertubi-tubi pada kenderaan dan barangkali boleh jadi peluru sesat membahayakan orang awam.
Dalam pada dia melakukan tugasnya, nampak dia menyusun kemas strategi. Kalau kalian ada 40 saat ditempatnya. Apa akan kalian lakukan? Sambil mengutamakan keselamatan orang awam.
Di Malaysia ini, walaupun anda polis, ada tidak boleh melepaskan tembakan sewenang-wenangnya melainkan nyawa anggota yang menjalankan tugas atau orang awam terancam.
Setiap kematian penjen4yah atau orang awam masih disiasat dan jika terbukti polis cuai menjalankan tanggungjawab, mereka boleh dihadapkan ke mahkamah. Ada kes yang dilaporkan di mahkamah.
Kalau lihat situasi dalam video, andai kata pemandu Waja juga mengeluarkan pi4stol atau senjata berb4haya untuk mela.wan polis atau orang awam, maka temb4kan oleh polis adalah munasabah tetapi situasi dalam video berbeza.
Pada pandangan saya tindakan polis tadi, memang yang terbaikmengikut situasi dan keadaan. Orang sekeliling juga selamat.
Mujurlah ada yang merakam situasi supaya kita tahu kejadian sebenar dan boleh dijadikan bukti. Bukti begini, tidak boleh menyebabkan situasi tadi dimanipulasi. Bagus!
Manalah tahu ada juga hendak mengatakan polis begitu dan begini. Dituduhnya pula “Polis bertindak g4nas menemb4k kereta yang tidak bersenjata. Pemandu trauma”. Padahal kereta Waja itu yang savage!
Kalau ada update kes, tolong kongsi diruang komen. Saya hendak tahu sangat apa kesalahan suspek ini sampai desperate begitu rupa.
Akhir kata, pemandu Myvi dan lori anda hebat
Polis anda hebat
Yang merakam video terima kasih. Sekian.
Sumber : Nor Zabetha.
Bob Mah Sing sudah dit4han
Petaling Jaya: Penjen4yah yang terbabit dalam kejadian dua remp.uhan dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh, di sini, semalam sudah dit4han polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek yang berusia 40 tahun itu dit4han di sebuah rumah di Shah Alam semalam.
“Siasatan mendapati susp3k tidak bekerja dan mempunyai 20 rekod jen4yah lampau berkaitan kes jenay4h dan d4dah.
“Suspek yang dikenali sebagai Bob Mah Sing yang diburu pihak polis semalam selepas melarik4n diri dita4han pada 11.45 malam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Nik Ezanee berkata, kedua-dua susp3k yang terbabit dalam kej4dian itu akan direm4n hari ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307, 427 dan 188 Kanun Keseks4an, selain Seksyen 12(2) Akta Dad4h Berb4haya 1952 serta Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakis4n dan Letup4n Senj4ta Berbah4ya 1958,”katanya.
Terdahulu, tular satu video berdurasi satu minit 45 saat menunjukkan anggota polis terpaksa melep4skan beberapa das temb4kan ke arah tayar kenderaan itu selepas suspek enggan memberhentikan kereta.
Kenderaan bernombor pendaftaran MAS 175 itu dilihat mel4nggar bahagian belakang lori dan sisi kereta Perodua Myvi untuk mencelah di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
Polis kemudian berjaya men4han seorang daripada susp3k yang berusia 35 tahun di sebuah kawasan perumahan di Desa Aman hasil maklumat orang awam dan sedang membu.ru Bob Mah Sing yang berjaya melarik4n diri.
kredit : trendingsangat.pw