Home Petua Tips Ini Resepi ‘Ayam Varuval’ Sugu Pavithra Akan Jamu PM .Bila Lepas Masak...

Ini Resepi ‘Ayam Varuval’ Sugu Pavithra Akan Jamu PM .Bila Lepas Masak Sugu Tak Lupa Jiran Sebelah

251
0

Resepi Ayam Varuval adalah resepi untuk dimasak khas jika PM berkunjung ke rumah baru mereka.Sempena berpindah
kerumah baru

“kami rasa nak masak apa jadi fikir resepi ayam varuval la resepi yang kami nak masak untuk PM kita” ulasan Sugu kali ini. Pasangan Youtuber yang makin dikenali ini akan bermula dengan resepi ‘ayam Varuval’ iaitu resepi yang istimewa untuk PM dan mereka fikir sesuai untuk mulakan resepi ayam varuval demi rumah baru azam baru.

Ibu kepada dua anak itu berkata, ayam varuval adalah antara masakan popular masyarakat India dan ia adalah hidangan ayam digoreng garing sebelum dimasak dengan bahan-bahan tertentu dan berkuah kering.

Pasangan youtuber suami isteri

Kenang Jasa PM

Pasangan YouTuber suami isteri yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ ini berhasrat memasak untuk semua jiran tetangga juga dengan menggunakan barangan asas yang dihadiahkan Perdana Menteri, Tan Sir Muhyiddin Yassin dan dengan menghargai jasa pemberian PM mereka ingin masak yang istimewa  untuk PM.

Terdahulu terharu dengan pemberian PM, S Pavithra, 28, berkata dia dan suami M Sugu, 29, akan memuat naik menu masakan istimewa kepada jiran-jiran di saluran YouTube mereka.

Selain barangan asas seperti beras, sebuk kari, bawang dan minyak masak pasangan tersebut turut menerima tripod, ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi elektrik.

“Kami hanya orang biasa,tidak pernah berharap akan dapat hadiah daripada Perdana Menteri.  ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yasin,” kata Pavithra dan suami.

Jika PM datang rumah

Hidangan nasi beriani kambing, kuah dal dan ayam varuval adalah antara menu yang dijanjikan akan dimasak oleh pasangan YouTuber, Sugu Pavithra jika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkunjung ke rumah mereka.

“Jika Perdana Menteri datang ke rumah saya, itulah yang saya akan masak walaupun agak mudah dan ringkas, tetapi rasanya lazat,” katanya ketika ditemui di Menglembu dekat sini, hari ini.

Isteri kepada pekerja ladang, M Sugu, 28, juga berkata, mereka sama sekali tidak menyangka Perdana Menteri akan menyebut nama mereka semasa mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disiarkan secara langsung di seluruh negara hari baru baru ini.

“Memang terkejut dan tidak percaya kerana kami hanya orang biasa sahaja,” katanya apabila namanya dan suami kedengaran di kaca televisyen dan radio.

Menghargai keprihatinan Perdana Menteri kepada mereka, Pavithra berkata mereka akan meningkatkan usaha untuk mencapai lebih banyak kejayaan, seterusnya memperbaiki kehidupan.

Kongsi resepi Ayam Varuval

Bagi sesiapa yang nak mencuba resepi Ayam Varuval boleh ikut rancangannya dan yang bagusnya selepas masak
pasangan ini tidak lupa pada jiran jiran mereka ini menyebabkan netizen tertarik pada mereka ini.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

 

Previous article“Allah Saja Tahu Betapa Susahnya …” – 5 Tahun Fathia Ambil Masa Move On, Doakan Aiman Hakim Bahagia!
Next articleIni Dia Resepi ‘Ayam Varuval’ Sugu Pavithra Akan Jamu PM .Bila Lepas Masak Sugu Tak Lupa Jiran Sebelah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here