Home Petua Tips Akhirnya Nora Ariffin S4h Bergel4r Isteri Kepada Sahabat Baik Arw4h Johan

Akhirnya Nora Ariffin S4h Bergel4r Isteri Kepada Sahabat Baik Arw4h Johan

101
0

Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan dia kini bergelar isteri kepada Dr Rushdi Ramli.

Perkongsian tersebut dikongsikan penyanyi berusia 48 tahun itu menerusi hantaran di Instagram yang dikemas kini, pada Khamis.

Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin bagaimanpun tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis hari bahagianya itu.

“Dengan nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersempena dengan malam Jumaat yang merupakan Sayyidul Ayyam, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dengan seorang hamba Allah yang merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi. Beliau adalah saudara Rushdi Ramli.

“Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.

“Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk saya kongsikan, bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali untuk mencari publ1siti. Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan.

“Saya menerimanya dengan penuh sabar, redha dan syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan,” tulisnya.

Menerusi perkongsian sama, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini turut meminta ramai menitipkan doa yang baik-baik berhubung keputusan yang dibuat.

Difahamkan, Dr Rushdi merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan berusia 55 tahun.

“Saya juga memohon agar semua insan yang mengenali saya dan para peminat, sudi menitipkan doa buat saya mendapat keluarga sakinah mawaddah warahmah, dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredhai Allah SWT dunia akhirat, insyaAllah.

“Jutaan terima kasih buat anak-anak dan menantu mama yang amat disayangi, adik-beradik tersayang, seluruh saudara mara, sahabat handai, JNSB team, FANORATIK, rakan- rakan media & semua yang telah banyak memberikan doa, semangat, sokongan & nasihat pada saya selama ini.

“Allah saja yang mampu membalas segala jasa baik kalian semua,” tulisnya lagi.

Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Komen Netizen:

Namun, arwh Johan men1nggal dun1a pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat ser4ngan jantung.

Pada 13 Disember 2019, Nora sekali lagi diuji dengan pemerg1an anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

Foto: Instagram, Berita Harian (ihsan Nora Ariffin),

Sumber : MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : SV

Previous article[VIDEO] Manisnya bermadu , suami bagi bini muda dult belanja sebelum balik rumah isteri tua
Next articleWanita p4nik anak ‘ngap’ strawberi pelanggan hil4ng sep4ruh, “Dah sampai depan rumah pelanggan!!”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here