Budi yang baik memang akan dibalas dengan baik dan sentiasa berada dalam ingatan semua pihak.
Begitulah yang berlaku kepada ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya, Azwan Omar yang mulai tular sejak kisah penglibatan beliau dalam menghulurkan bantuan solo kepada mangsa benc4na b4njir sejak Disember lalu.
Keikhlasan beliau bertukar tular setelah rakyat Malaysia menyaksikan pengorbanan beliau membawa bot angin di atas kenderaan Perodua Viva-nya serta sekeping wang kertas RM50 yang dihulurkan ibunya demi menyelamatkan mereka yang berada dalam kesengs4raan.
Dimaklumkan, beliau telah menerima beberapa panggilan daripada pihak berlainan yang ingin memberikan hadiah penghargaan di atas bantuan yang diberi selama ini.
Paling terbaru adalah hadiah berbentuk motosikal jenis Yamaha XJ6S dan aksesori motosikal lain seperti topik keledar, jaket dan beg galas daripada syarikat ICITY Motorworld Sdn Bhd. Perkhabaran itu dimuat naik sendiri oleh syarikat tersebut.
Rata-rata warganet merasakan pemberian itu berbaloi dengan usaha Abang Viva sendiri dan mendoakan agar individu mist3ri yang menghadiahkan motosikal kepadanya akan dibalas dengan kebaikan selepas ini.
Untuk makluman, bersempena acara anugerah NONA SUPERHERO AWARD yang dibawakan oleh syarikat Nu Ideaktiv Sdn Bhd menerusi Majalah Nona pada malam ini, Abang Viva turut berada di sana sebagai tanda penghargaan pihak penganjur kepada beliau.
Menurut kenyataan Majalah Nona, bantuan Abang Viva sewaktu banjir melanda telah menyentuh hati rakyat Malaysia. Meskipun tidak bergelar ‘siapa-siapa’, keikhlasannya meredah air banjir dan menyelamatkan m4ngsa telah menyedarkan kita bahawa tindakan pantas adalah kunci kepada kejayaan menyelamatkan ramai nyawa.
Lantas, sikap kemanusiaan dan keberanian Abang Viva ini telah dijadikan salah satu kisah inspirasi yang dipancarkan sewaktu acara Nona Superhero Award pada malam ini.
Tahniah sekali lagi kepada beliau!
Sumber : remaja.my
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.mediamalaysia.cc/