Home Petua Tips ‘Saya akan tetap senyum biarpun hati men4ngis’- Ali Puteh Luah Rasa

‘Saya akan tetap senyum biarpun hati men4ngis’- Ali Puteh Luah Rasa

295
0

Baru-baru ini, kumpulan Puteh yang terdiri daripada Ali, Mamak dan Man telah berjaya merangkul gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2019 (2019) buat pertama kalinya.

MLM edisi kali ini agak meng4jutkan apabila pasukan kegemaran peminat seperti Zero dan Bocey twas kepada pasukan underdogg, Puteh.

Untuk final edisi kali ini, kumpulan Puteh berjaya membuatkan seluruh penonton tersentuh apabila Ali terkenang akan anaknya yang baru sahaja meningg4l pada tahun lepas.

Namun kemenangan Puteh bukanlah atas dasar smpati, sebenarnya persembahan mereka pada final kali ini boleh dikatakan ‘peccah perut’ apabila mereka membuat juri sebagai bahan jenaka.

Walaupun hatinya men4ngis namun pelawak, Ali Puteh tetap memberi tumpuan dan terpaksa tersenyum di atas pentas demi memastikan penonton yang menyaksikan persembahannya dalam program realiti televisyen, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 terhibur.

Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan terpaksa berdepan situasi get1r itu ketika bersaing dalam pertandingan berkenaan sebelum dinobatkan sebagai juara MLM 2019.

Berkongsi pengalaman p1ilu dialaminya itu, Ali berkata, dia menangis di dalam kereta selepas membuat persembahan setelah tiga hari anaknya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah, meni1nggal dunia disebabkan komplikasi jantung pada 26 November tahun lalu.

“Bila di atas pentas, saya fokus dan ketepikan kesed1ihan saya dan di belakang pentas saya selawat serta berzikir tak henti.

“Dalam lima minit persembahan saya tak sentuh langsung apa yang terjadi pada arw4h anak saya.

Niat saya masa tu, saya nak buat orang ketawa,” katanya pada Wacana Sinar Siri Ke-150 bertajuk Cabaran Pelawak: Dahulukan Rezeki atau Emosi? di Dewan Karangkraf Seksyen 15 di sini malam tadi.

Wacana yang dikendalikan Ketua Pusat Pengajian Teater Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Norzizie Zulkifli itu turut menampilkan dua lagi panel iaitu pelakon dan pengarah, Sabri Yunus dan Ropie atau nama penuhnya Zahid Tajuddin.

 

Dari kiri, Ali Puteh, Dr Norzizie Zulkifli, Sabri Yunus dan Ropie. – Foto Sinar Harian MOHD IZARI ROSLI

Mengulas lanjut, Ali berkata, pengorbanan yang dilakukan atas dasar tanggungjawab kepada kumpulannya yang turut dianggotai Mamak dan Man meskipun dua rakannya itu dan penerbit rancangan itu tidak memaksanya untuk melakukan persembahan pada minggu tersebut.

Katanya, pengalaman itu merupakan antara cabaran terpaksa ditempuh dan dia sedar kerjaya sebagai seorang pelawak bukanlah satu tugas yang mudah.

Dalam pada itu Ali sempat berkongsi pandangannya, mereka yang berminat hendak bergelar pelawak perlu bersedia menerima kr1t1ikan untuk menempuh c4baran dalam industri komedi.

Namun ada lagi satu perkara yang mengejutkan netizen pada final MLM2019 ini apabila kumpulan Rare menggunakan lawak ‘double meaning’ untuk membuat jenaka berkenaan kerajaaan Pakatan Harapan (PH).

Kumpulan Rare yang terdiri daripada Ajak Shiro, Ropie dan Pak Ya telah membuat sketsa di mana Pak Ya bertanyakan tentang kualiti air kepada Ropie.

“Ini pH okay ka?”

“Tervkkk”

Seluruh penonton di auditorium kelihatan bersorak dan menepuk tangan dengan jenaka yang dibawakan oleh kumpulan Rare ini. Bukan itu sahaja, kumpulan Rare juga menggunakan isu tulisan jawi dalam sketsa mereka.

Persembahan final kumpulan Rare telah menimbulkan rasa kurang senang kepada beberapa pihak apabila mereka menganggap kumpulan Rare telah menggunakan hak keb3basan bersuara untuk menyebarkan kebenc1ian kepada kerajaan.

Malah, Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Abbas Azmi turut meluahkan rasa kurang senang beliau terhadap kumpulan Puteh di laman Twitter miliknya.

 

Pelawak kena tambah ilmu jika tidak mahu ketinggalan

Pelawak pada hari ini tidak boleh lagi bergantung pada kelucuan fizikal semata, sebaliknya perlu mengambil inisiatif melengkapkan diri dengan ilmu.

Pelakon dan Pengarah, Sabri Yunus berkata, ini kerana peranan pelawak pada era ini sudah berbeza dan ia bukan hanya lagi untuk memastikan orang ketawa tetapi menjadi lebih besar iaitu untuk memberi teguran dan krit1kan.

“Lawak pada hari ini perlu mengkritik benda-benda yang sedang besar (isu) dan jika kita mahu meletakkan peranan lawak sebagai teguran, kepala seseorang pelawak itu harus menjadi sangat bijak dan berilmu terlebih dahulu.

“Jadi pelawak pada era ini tidak boleh datang sekadar dengan kelucuan-kelucuan fizikal yang ada pada dirinya semata tetapi perlu ada ilmu agar lawak itu dapat memberi sesuatu kepada pendengar atau penonton,” katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-150 bertajuk Cabaran Pelawak: Dahulukan Rezeki atau Emosi? di Dewan Karangkraf di sini malam tadi.

Katanya, jika pelawak-pelawak ini gagal mempersiapkan diri dengan ilmu, mereka akan ketinggalan kerana lawak pada hari ini harus terus ke depan dan tidak boleh sekadar mengutip lawak-lawak di kaki lima dan kedai kopi.

“Tidak boleh tidak, anda (pelawak) harus bijak, sentiasa belajar, banyak membaca dan perlu minat sastera dan sebagainya,” katanya.

Wacana yang dimoderatorkan Ketua Pusat Pengajian Teater Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Norzizie Zulkifli itu turut menampilkan dua lagi panel iaitu Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, Ali Puteh dan pelawak yang begitu popular dengan panggilan Pak Kodi melalui sitcom JKK, Ropie.

Sabri (kanan) bersama barisan panel yang lain pada program Wacana Sinar Harian Siri ke-150 bertajuk Transkrip Wacana Cabaran Pelawak: Dahulukan Rezeki atau Emosi? di Dewan Karangkraf di sini malam tadi. – FOTO MOHD IZARI ROSLI

Dalam pada itu, Sabri turut menyifatkan berlawak di kaca televisyen sebagai perkara yang sangat sukar berbanding membuat lawak di tempat terbuka seperti dewan dan sebagainya.

“Kalau dalam dewan, kita boleh nampak siapa penonton kita tapi jika di televisyen, kita tidak tahu kayu ukur kita di mana, siapa penonton kita, mentaliti apa dan peringkat umur apa yang melihat kita, sama ada mereka suka atau tidak dengan kita.

“Oleh itu, amat perlu untuk kita menyediakan diri dengan pelbagai informasi serta memikirkan bagaimana untuk menggunakan informasi yang besar dan serius.

Jangan lagi gunakan bahan lawak yang memang sudah lawak tetapi gunakan bahan-bahan yang serius kerana percayalah lebih serius, akan jadi lebih lawak,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

sumber: sinarharian

Previous articleSaya Selalu Menangis Dlm Bilik Air Seorg Diri Krn Sed1h Memikirkan Nasib Belum Ham1l – Siti Elizad
Next articleDulu pernah berangan-angan jadi pengulas sukan, kini kali pertama buat reporting terus tersasul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here