Home Petua Tips Dikatakan Rumah Tangga G0yah Aliff Syukri Dah Tak Follow Instagram Isteri Datin...

Dikatakan Rumah Tangga G0yah Aliff Syukri Dah Tak Follow Instagram Isteri Datin Shahida “Dulu Saya Bahagia Tapi..” Aliff Syukri

328
0

TINDAKAN usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tidak lagi mengikuti isterinya, Datin Seri Nur Shahida di laman Instagram mengundang pelbagai andaian netizen.

Aliff ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai rumah tangga, namun memberitahu hubungan dia dan isteri dalam keadaan baik.

“Tak ada apa-apa yang berlaku antara kami , kami masih bahagia. Saya bahagia dengan perkahwinan, dengan anak-anak saya.. itu sahajalah.

“Buat masa ini saya tak nak sentuh mengenai keluarga saya. Yang lain-lain pun saya tak ada komen” katanya kepada mStar.

Aliff Syukri lancar lagu Cuba Bahagia pada Jumaat.

Aliff ditemui semasa sidang media pelancaran lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Cuba Bahagia di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Dia diminta mengulas mengenai khabar angin kononnya hubungan rumah tangga mereka sedang berg0lak dan berdepan masalah.

Malah isterinya tidak hadir dan memberi sokongan terhadap pelancaran lagu baharu usahawan tersebut, pagi Jumaat.
Lebih menguatkan spekulasi apabila usahawan ini muncul dengan single baharu seolah-olah ditujukan kepada isterinya itu.

“Lagu ini bukan ditujukan pada isteri atau keluarga saya tapi dicipta untuk orang yang tak bahagia. Lagu ini tak ada kaitan dengan keluarga.

“Dulu saya gembira, sekarang saya tak bahagia. Bahagia itu subjektif. Ada orang kaya bahagia, ada kerjaya bahagia, dapat hadiah bahagia.

“Dalam kehidupan ini ada pasang surut dan ketika saya cipta lagu ini enam bulan lalu saya berada dalam mood tak begitu baik kerana tekanan kerja, bisnes dan netizen,” ujarnya.

 

 

View this post on Instagram

 

. . Saya ingin bahagia. Kenapa benda yang kita mahukan di dalam dunia ini, tidak semua benda kita akan dapat. Sedangkan kita sudah buat yang terbaik dan yang paling penting adalah hati dan kekuatan… ketika kita dalam kesusahan, orang yang paling kini tiada… Cuba korang bayangkan jika di tempat saya, serba serbi tidak kena dan orang sentiasa mencari salah. Ya ALLAH Ya Tuhanku, ENGKAU berikanlah ku petunjuk, ENGKAU berikanlah ku ketenangan. Lagu ini adalah kisah hati saya dan jiwa saya. ALLAH kuatkanlah hambaMu ini yang sedang dalam kesakitan…….. . . . lagu ini akan sy relase jumaat jam 12 tghri ini nantikan.. di youtube tv terlajak laris .. jgn lupa dengar kemerduan suara kebanggaan dunia

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Aliff Syukri dan Nur Shahida berkahwin pada tahun 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat.

Sebelum ini, Aliff terpalit dengan beberapa kontr0versi sehingga menerima kecaman teruk daripada banyak pihak termasuklah daripada ahli keluarga sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Previous articlePeserta Tabligh Svspek C0V 19 L4ri Dari Klinik,’Dia mengalami Suhu Badan Yg Tinggi’
Next articleSelepas Mendapat Arahan Tiada S0lat Jumaat Di Perlis,Sekali Rita Rudaini Bid4s Mufti Perlis Maza

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here