Home Petua Tips ‘Allah Uji Kesabaran Tahap 6’ – Puteri Sarah

‘Allah Uji Kesabaran Tahap 6’ – Puteri Sarah

103
0

Pelakon Puteri Sarah Liyana menganggap usia antara 36 hingga 40 tahun adalah ‘kemuncak’ ujian yang bakal diterima setiap individu.

Sarah berkata, ujian adalah salah satu lumrah dalam kehidupan sebagai bukti Tuhan masih menyayangi hamba-Nya.

“Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran tahap enam (maksimum). Tak kira lelaki atau perempuan. Di usia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun,”tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram.

Menurut Sarah, sebaik menjengah usia 40 tahun setiap individu seharusnya sudah mencapai titik ketenangan yang sebenar selain mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.

“Masuk usia 40 tahun, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

“Itupun jika kalian selesai dengan jayanya menduduki ‘final exam sebelum usia 40’. Tapi, jika kita ini asyik ulang silap yang lepas, diusia 40 nanti sama saja perangai sampai ke tua,” tulisnya lagi.

Sumber : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.dnq.pw/

Previous articleS4yu adegan di mesin ATM… anak belum masuk duit, bapa tetap berulang kali ‘cvcuk’ kad walau baki dalam akaun cuma RM11
Next articleBelum Pulih Selepas Terkena Sih1r, Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Terus Sebar Kebaikan Bukan Nak Cabar Tapi Allah Maha Berkuasa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here