Sejuk hati melihat sifat pemurah Ustaz Ebit Lew yang tidak hanya tertumpu pada sesuatu kawasan, bangsa dan agama semata-mata.
Sepanjang kepergiannya menjalankan misi kemanusiaan di Brazil, pelbagai jenis individu yang berbeza latar belakang serta agama telah dibantu.
Terbaharu, menerusi hantaran video di laman sosialnya, Ebit berkongsi kisah pemberian bantuan yang dihulurkan buat golongan gel4ndangan yang berada di hadapan luar hotel tempat dia menginap.
“Sed1h rasa. Dari semalam perasan dekat luar tingkap hotel saya ada beberapa anak kecil berlari-lari dan tidur dalam khemah plastik.
“Hari ni hujan lebat jer. Tengok khemah tu terbang. Mereka berlari betulkan khemah plastik. Sed1h rasa. Mereka semua masuk dalam khemah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Melihat pada nasib gel4ndangan tersebut, Ebit segera membeli keperluan makanan serta pakaian untuk disedekahkan kepada mereka.
“Saya pergi beli makanan dan baju-baju dan keperluan lain. Pergi tengok khemah mereka. Ada 3 baby lagi, 3 wanita dewasa. Beberapa anak remaja semuanya perempuan. Setiap hari mereka tidur di sini. Berat ujianmu anak.
“Mereka gembira bila kami ziarah mereka. Senyum je. Saya jadi tak lena memikirkan kasihan mereka. Walau dapat ukir sedikit senyuman pada mereka terasa gembira. Semoga Allah jaga mereka semuanya,” tulisnya lagi.
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen, rata-rata memberikan positif terhadap bantuan yang dihulurkan oleh Ebit kepada gelandangan berkenaan.
Ustaz Ebit Lew terbang ke Sao Paulo, Brazil baru-baru ini bagi meneruskan misi keamanan kelolaannya.
Komen netizen:
Sumber: Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/