Hari ini tular di laman sosial video berdurasi satu minit 36 saat menunjukkan seorang budak lelaki dibawa menaiki ambuIans sambil diiringi ahli keluarganya di luar rumah mereka di Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang, Johor.
Susualan vdeo tersebut, Sakiban Ahmad Kadari, 57 telah memberitahu anak lelakinya Nuha Syazwan Sakiban, 13 telah dijangk1ti C0V-l9.
” Sedih melihat anak bongsu dibawa menaiki ambuIans selepas disahkan posit1f C0V-l9, namun saya reda dengan ketentuan Ilahi.
Menurut Sakiban, ada beberapa kakitangan daripada pejabat kesihatan daerah datang ke rumahnya untuk melakukan pemeriksaan empat hari lalu dan bertanyakan ahli keluarga yang mempunyai s1mptom virvs berkenaan.
” Saya memaklumkan bahawa anak bongsu ada mengaIami batuk sebelum dia diminta datang ke klinik berhampiran untuk menjalani saringan.
” Kemudian, semalam saya menerima panggilan daripada pihak kesihatan memaklumkan anak p0sit1f C0V-l9.
” Mereka memaklumkan akan menjemput anak menggunakan ambuIans bagi dibawa ke Hospital Kluang untuk dirawat dan tiba di rumah kami pada jam 10.30 malam tadi,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, dia tidak menyangka anaknya itu dijangk1ti virvs berkenaan kerana Nuha Syazwan hanya mengalami batuk biasa selain tidak dem4m dan ses4k nafas.
” Mula-mula saya ingat hanya batuk biasa kerana dia tidak mengalami dem4m. Namun, saya tetap ada perasaan tidak sedap hati dengan batuk dialaminya.
” Saya bersyukur pihak kesihatan membuat pemeriksaan awal hingga membolehkan kami tahu dia dijangk1ti COV-l9 hasil ujian saringan dilakukan,” katanya.
Anak ada pergi kenduri
Sakiban berkata, beberapa minggu lalu, anaknya itu ada pergi ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Jumaat dan menghadiri kenduri di kampung berdekatan.
” Secara jujurnya saya sendiri tidak tahu macam mana dia boleh dijangk1ti virvs berkenaan. Apa yang saya tahu, dia ada pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat pada 6 Mac dan pergi kenduri pada 14 Mac lalu.
” Anak saya memang rajin membantu dan menghadiri program fardu ain di masjid memandangkan hubungan antara kariah juga akrab.
” Malah dia selalu menemani saya ke masjid, namun pada 6 Mac lalu, saya tidak bersamanya menunaikan solat di masjid kerana sedang bekerja,” katanya.
Menurutnya, Nuha Syazwan ada menghubunginya untuk memaklumkan keadaannya yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.
” Pagi tadi dia ada menghubungi saya dengan nada suaranya yang ceria memaklumkan dia sihat.
” Saya sempat berpesan kepadanya bahawa kami sekeluarga akan sentiasa menghubunginya sama ada melalui panggilan telefon mahupun panggilan video.
” Pada masa sama, kami sekeluarga masih menunggu tindakan susulan daripada pihak kesihatan sama ada akan diarahkan juga menjalani sar1ngan memandangkan ada antara kami (Nuha Syazwan) disahkan posit1f (C0V-l9),” katanya.
Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.
Sumber : malaysiaunited.my