“Ya Allah anak oi… acik yang tak senang duduk tengok kamu sakit macam ni…sabar ya sayang itu tanda nak membersar la tu…Syafakillah Fatima sayang”
Sebut sahaja FattZura, pasti ramai yang sudah mengenali pasangan selebriti dua sejoli ini, dengan kehadiran puteri sulung, Fatima sebagai pelengkap seri keluarga kecil ini menambahkan lagi ‘kegilaan’ orang ramai terhadap pasangan pelakon yang pernah menjadi fenomena dalam dunia hiburan.
Secocok dan perfect family merupakan antara ungkapan dan pujian yang sering diberikan oleh peminat kepada keluarga kecil ini.
Walau bagaimanpun, menerusi sumber sebuah laman portal, beliau pernah meluahkan rasa serba salah dan tidak mahu peminatnya terlalu obses dengan terma ‘FattZura’ yang dahulunya rancak digunakan khususnya di laman sosial.
Meskipun ada yang menyifatkan penggunaan hashtag Fattzura itu merupakan satu doa buat kedua-dua pasangan ini yang telah berjaya disatukan oleh peminat, namun ianya sudah pasti atas suratan jodoh.
Tidak salah untuk meminati mana-mana pasangan selebriti, apatah lagi peminat sememangnya gemar untuk mengetahui akan aktiviti harian yang dilakukan oleh selebriti kesayangan mereka.
Mengetahui bahawa rutin kehidupan Fazura dan Fattah pastinya berubah 360 darjah selepas menimang cahaya mata pertama mereka selain tiada kata-kata dapat menggambarkan kebahagiaan kehidupan mereka dengan kurniaan seorang anak.
Terbaharu, memuat naik gambar di Insta Story, Fazura memberitahu kepada peminatnya bahawa puterinya sedang mengalami demam.
Menerusi laman akaun milik bayi pasangan selebriti ini, Fatima dikhabarkan sedang beralih bulan dan berkemungkinan bakal tambah gigi.
View this post on Instagram
Hal ini berkemungkinan bahawa apabila bayi mengalami dem4m atau biasanya suhu tubuh badannya tidak terlalu tinggi dan perkara ini pasti terjadi pada saat proses pertumbuhan gigi bermula.
Walau bagaimanapun, ibu mana yang tidak susah hati apabila melihat anak kecil merengek dan tidak sihat akibat kemunculan gigi pertama mereka namun, kemunculan gigi pertama adalah tanda yang menunjukkan bayi tersebut sedang membesar.
“Alolo dem4m-dem4m pun comel tauuu fatima ni, pipi ti geram jeee aunty tengok. Ni baru definisi pipi merah-merah…😍🥰”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Fattzura meluahkan rasa risau terhadap kondisi bayi pasangan selebriti kesayangan mereka ini selain mendoakan agar diberikan kesembuhan.
Walau bagaimanapun, Fatima kelihatan semakin sihat dan kembali pulih melalui sebuah video pendek yang memaparkan bayi comel itu sedang membaca buku dengan ayahnya.
Alolo, comel betul Fatima baca buku dengan daddy! Semoga cepat sembuh ya.
Peminat-peminat Fattzura jangan lupa “amin-kan” doa buat kesembuhan Fatima juga ya.
Ditulis oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Instagram Fattzuralovelife & Fazura
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.hotfm.com.my/