Home Petua Tips Hasrat sambut Aidilfitri bersama bayi sulung tak kesampaian 9 bulan hamil, anak...

Hasrat sambut Aidilfitri bersama bayi sulung tak kesampaian 9 bulan hamil, anak hanya sempat bernafas 9 jam slps lihat dunia

5184
0

Ujian dari Illahi pada hamba Nya tak sama dengan berbagai bagai cara namun ianya menguji kesabaran dan kita
redza atas ketentuanNya itu.

Begitulah ujian yang menimpa pasangan suami isteri Ahmad Amin dan Shafila ini.

Meskipun perit namun ini adalah ketentuanNya yang kena diterima oleh kedua pasangan ini.

Bayi yang diberi nama Ahmad Adam Wildan Ahmad Aqim meningg4l dunia selepas hanya sembilan jam melihat dunia, akibat komplikasi selepas dilahirkan.

Ketika berkongsi cerita bersama mStar, Shafila berkata dia sama sekali tidak menyangka anak kecilnya berdepan dengan komplikasi sehingga meragut ny4wa, apatah lagi bayinya sangat aktif ketika berada di dalam kandungan.

Perkongsian Shafila mengenai detik-detik dia dan suami kehilangan bayi sulung mereka, hampir dua minggu lalu.

“Ibu mana yang tidak sedih tambahan lagi kami suami isteri tidak sabar menantikan kehadirannya untuk merayakan Aidilfitri bersama-sama.
“Bila tengok persiapan yang sudah dibuat untuk menyambut kehadirannya, perasaan sedih tak dapat nak diluahkan.

“Semua ahli keluarga teruja menyambut kelahirannya kerana arwah pula merupakan cucu sulung untuk kedua-dua belah keluarga. Namun kami reda dengan ketentuan Allah,” katanya.

Bila tengok barang-barang dan persiapan yang dibuat untuk menyambut kelahirannya, automatik rasa sedih. Beg baby yang dibawa ke hospital tempoh hari masih macam tu juga… tak sanggup nak kemas.

Mengimbas kembali tragedi sedih itu, wanita berusia 29 tahun ini berkata, dia pergi ke hospital sehari sebelum tarikh jangkaan bersalin untuk memeriksa kandungannya.

Ketika prosedur imbasan (scan) dilakukan, doktor memaklumkan bahawa kandungannya kekurangan air ketuban.

“Saya terpaksa induce pada keesokan harinya. Semalaman berjaga dan tak dapat tidur sebab baby aktif sangat. Pada 12 Mei selepas induce, saya dimasukkan ke bilik bersalin pada pukul 3 petang.

“Selepas beberapa jam menahan kesakitan, akhirnya saya selamat bersalin pada pukul 6.55 petang. Tapi bayi disahkan ada komplikasi dan ada masalah.

“Terkejut juga bila diberitahu, sebab setiap kali scan masa mengandung, tiada pun doktor beritahu. Malah tak nampak sebarang tanda-tanda tak normal pun. Baby pun aktif sahaja dan saya tiada alahan ketika mengandung,” ujar wanita yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini.

Shafila dan suaminya pasrah dengan ketentuan takdir meskipun kehilangan bayi sulung yang dinamakan Ahmad Adam Wildan selepas 9 jam melihat dunia.

Ujar Shafila, dia sempat menatap wajah bayinya seketika sebelum anaknya itu dimasukkan ke wad untuk tindakan lanjut.

“Pukul 4 pagi, nurse datang dan beritahu bayi saya tenat. Terkejut bila diberitahu membuatkan saya tak dapat tidur dah.

“Kira-kira 20 minit kemudian, nurse datang lagi, kali ini bawa berita duka yang bayi saya sudah meninggal dunia. Masa tu mulut terus beristigfar dan air mata terus mengalir.

“Saya menangis seorang diri sebab suami atau waris tak dibenarkan teman kerana situasi Covid-19. Kemudian terus capai telefon dan hubungi suami serta keluarga,”ujarnya yang merupakan seorang pekerja di sektor swasta.

Sungguhpun dua minggu sudah berlalu, Shafila berkata perasaan sedih tetap bertandang lebih-lebih lagi apabila terpaksa menjalani proses berpantang tanpa kehadiran bayi di sisi.

Antara komen netizen yang memberikan kata-kata semangat buat Shafila dan suaminya.

“Bila tengok barang-barang dan persiapan yang dibuat untuk menyambut kelahirannya, automatik rasa sedih. Beg baby yang dibawa ke hospital tempoh hari masih macam tu juga… tak sanggup nak kemas.

“Namun Alhamdulillah, suami, keluarga, rakan-rakan malah netizen tak putus-putus bagi kata-kata semangat sejak posting tu viral. Mereka minta saya bersabar, ujian ini hebat namun tentunya arwah berada di syurga… perkara itu buat saya tenang dan positif.

“Buat masa ini, suami yang ziarah ke kubur anak kami setiap petang. Saya pastinya akan menziarahi pusaranya sebaik sahaja sihat sepenuhnya,” ujarnya.

Sumber : Cappuchinolatte

Previous articleSuami MeninggI Akibat Kereta MeIwan Arus, Isteri Mula Bersuara
Next articleJamuan raya kecundang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here