Home Petua Tips Anak sulung beli kereta pertama… bapa bangga sanggup ‘lari’ kejap dari tempat...

Anak sulung beli kereta pertama… bapa bangga sanggup ‘lari’ kejap dari tempat kerja, siap buat kejvtan di showroom – “Lama ayah men4ngis…”

102
0

HASIL penat lel4h dan usaha kerasnya bekerja selama dua tahun, wanita muda ini mampu tersenyum bangga apabila berjaya menghadiahkan kereta pertama untuk diri sendiri.

Lebih manis, momen penuh bermakna ketika mengambil kereta di bilik pameran (showroom) turut sama-sama diraikan oleh ibu bapa yang juga ‘tulang belakangnya’ selama ini.

Tanpa didvga, si bapa tidak dapat menahan air m4ta apabila melihat pencapaian anak sulung perempuannya itu sebagaimana video yang dikongsikan di laman sosial.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Bella Kamaruddin berkata, dia sebenarnya sudah mula ‘mencari’ pendapatan sendiri sejak masih bergelar penuntut di universiti kerana mahu menampung kos pengajian.

“Saya tak ambil sebarang pinjaman ketika belajar. Dalam masa sama, segan juga asyik nak minta duit dengan ibu bapa. Jadi waktu masih belajar, saya buat bisnes printing kecil-kecilan sebab ada printer.

“Kemudian masa di tahun akhir peringkat diploma, saya secara sambilan buat bisnes dengan satu syarikat eletrik dan eloktronik sebab fikir nanti nak kena cari wang untuk tampung kos sambung degree.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Bila habis diploma, saya fokus bekerja dan kini dah masuk dua tahun…. Alhamdulillah, saya dapat memiliki kereta pertama,” ujarnya yang membeli kereta Honda City pada Disember lalu.

Wanita berusia 22 tahun ini berkata, bapanya, Kamaruddin Mat Rejab, 51, pada mulanya kurang bersetuju apabila dia pertama kali meluahkan hasrat untuk membeli kereta baharu.

KERETA 2

Selain bapa, ibu dan adik Bella turut hadir membuat kejvtan di showroom.

“Ayah kata guna sajalah kereta yang dah ada. Tapi kereta tu kereta lama, ada yang perlu dibaiki. Tapi kemudian dia berubah fikiran. Katanya, daripada gaji habis untuk perkara lain, baik habiskan pada kereta,” ceritanya.

Bercerita pula mengenai momen menyentuh hati ketika bapanya membuat kejvtan muncul di ‘showroom’ kereta bersama sejambak bunga, Bella berkata dia sama sekali tidak menjangka perkara tersebut.

“Saya datang showroom dengan kawan tapi kemudian tiba-tiba famili datang. Tak expect pun ayah bawa bunga. Terkejvt dan terh4ru dalam masa yang sama sebab ayah sanggup ‘lari’ kejap dari tempat kerjanya, singgah rumah ambil mak dan datang ke showroom.

Janganlah lupa ibu bapa apabila dah berjaya. Apa-apa pun ibu bapa adalah keutamaan. Mereka yang besarkan kita.

BELLA KAMARUDDIN

“Ayah cakap tahniah. Tapi ayah bukan jenis melu4hkan perasaan dengan kata-kata tapi tindakan. Lama ayah men4ngis. Ibu cerita, malam tu ayah men4ngis lagi.

“Ibu cerita ayah teringat masa saya kecil. Waktu saya men4ngis t4kut nak ke sekolah sebab saya sekolah cina, saya akan cakap mata masuk habuk. Dia ingat momen tu. Bila saya tanya ayah men4ngis ke waktu saya beli kereta tu, ayah pula beritahu matanya masuk habuk.

“Ayah memang seorang yang senang touching bila tiba bab keluarga. Masa saya dapat result SPM pun dia sebak. Begitu juga bila adik-adik lain dapat result periksa. Bab-bab famili ni dia cepat touching.

KERETA 3

Bella membeli kereta pertamanya, sebuah Honda City pada penghujung tahun lalu.

“Selain itu, ayah seorang yang sangat supportive. Walaupun dia seorang pendidik, tapi dia siap ajar saya macam mana target bisnes, macam mana nak tarik customer dan lain-lain,” ujar anak sulung daripada enam beradik ini.

Tidak menyangka perkongsiannya meraih melebihi 131,000 jumlah tontonan, Bella yang menetap di Kajang, Selangor berkata dia terh4ru dengan komen-komen yang dilontarkan netizen yang turut sama tersentuh melihat perkongsiannya.

“Apa yang boleh saya kongsikan, janganlah lupa ibu bapa apabila dah berjaya. Apa-apa pun ibu bapa adalah keutamaan. Mereka yang besarkan kita.

“Bagi mereka yang dah tak ada bapa pula, banggakanlah orang terdekat seperti ibu, keluarga ataupun rakan. Ramai yang luah mereka r1ndu bapa masing-masing selepas tengok video tu… tapi yang dah ‘pergi’ tu tetap dah ‘pergi’, maka kita hargai insan di samping kita,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous articleWajah Daiyan Trisha Disamakan Dengan BCL, Daiyan Ditvduh “Buat H1dung”
Next articleDulu & Selamanya, Aliff Syukri Rupanya Peminat Kumpulan Inteam – “Saya Berangan Nak Jadi Artis Nasyid..”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here