Home Petua Tips Anggota bomba rebah ketika padam api

Anggota bomba rebah ketika padam api

188
0

SUNGAI PETANI:Akibat cuaca p.nas melampau, seorang anggota bomba rebah selepas melakukan pemadaman keb.karan di sebuah bengkel kenderaan di Jalan Batu Lintang berhampiran Sekolah Menengah Telok Bayu, Kuala Muda, dekat sini hari ini.

Anggota terbabit, Pegawai Bomba Bantuan (PBB), Muhamad Fafzdirul Zulkifli, 24, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), untuk mendapatkan rawatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, anggota terbabit tiba-tiba pengsan dipercayai diser.ng strok haba.

Sehingga pukul 2.45 petang Rabu, anggota terbabit, katanya, dilaporkan tidak sedarkan diri dan masih menerima rawatan dan ditempatkan di Zon Kuning Wad Kecemasan.

 

 

Sementara itu, Mohamadul Ehsan memaklumkan, pihaknya menerima laporan berlaku kebakaran pada jam 9.46 pagi.

Sebaik tiba, api katanya, sedang marak di bahagian dalam bengkel dan bomba mengambil masa 15 minit untuk mengawal api daripada merebak ke kedai berhampiran.
Menurut beliau, faktor cuaca kering dan angin kuat mengakibatkan api m.rak dengan pantas.

Kebakaran itu turut mengakibatkan lima buah kereta dan dua motosikal musn.h.

Kerja pemantauan masih dilakukan di sekitar kawasan keb.karan bagi memastikan tiada lagi punca api.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Tikam Batu dan Sungai Petani bersama 21 anggota dan tiga pegawai terlibat dalam operasi keb.karan.

Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

 

Sumber : astroawani

Previous article‘Kalau Dah Cer4i Kena Mvsuh Ke? Semoga Dia Bahagia Dgn Girlfriend Lama dia Sekarang’ – Zarina Anjoulie
Next articleVdeo Dah Trsebar, Pngasas Pr0duk Kecntikan Dtg ke Balai Nak Beri Kerjasama. Sekali Kena Tahan Terus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here