SIAPA yang tidak gembira bakal bergelar Raja Sehari dan melangsungkan majlis perkahwinan dengan meriah.
Namun kita hanya mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan.
Itulah situasi yang perlu dihadapi pasangan pengantin ini apabila majlis nikah dan sanding yang tinggal sehari untuk dilangsungkan terp4ksa ditangguh.
Hanya kiriman mesej sebagai pengganti diri memaklumkan ibu kepada seorang pengantin disahkan positif CvdI9, malam sebelum pernikahan berlangsung.
Bercakap kepada mStar, pengantin perempuan, Nur Farahanim Awalludin berkata, dia sepatutnya bernikah pada Sabtu lalu (22 Januari) dan majis persandingan di kediaman keluarga di Felda Sungai Tengi Selatan di Kuala Kubu Bharu, Selangor diadakan pada Ahad.
Wanita berusia 31 tahun itu bagaimanapun memberitahu, ibunya mengadu tidak sihat pada Jumaat malam sebelum dibawa untuk pemeriksaan kesihatan di klinik.
View this post on Instagram
“Mak cakap mata dia rasa p4nas dan rasa nak dem4m pada waktu Maghrib. Abah (panggilan bapa) bawa mak ke klinik dan ujian CvdI9 sahkan mak p0sitif.
“Buat ujian kedua masih positif. Masa tu abah cakap j4ntung dia macam nak j4tuh. Mak pula men4ngis, berkali-kali minta maaf kat kami,” katanya ketika dihubungi.
Khemah yang siap dipasang sebelum majlis.
Susulan berita sed1h itu, dia yang lebih mesra disapa Hanim berkata, mereka sekeluarga membuat keputusan untuk menangguh majlis pernikahan dan persandingannya.
“Bila dapat tahu kena tangguh nikah, saya tak gel4bah. Saya cuma fikir keadaan mak, apa yang penting adalah kesihatan mak.
“Kami beritahu keluarga tunang saya dan syukur Alhamdulillah mereka memahami keadaan yang menimpa keluarga kami.
“Mak kuar4ntin di rumah, mula-mula h1lang der1a rasa dan b4u serta b4tuk. Tekanan d4rah agak tinggi, kami minta mak supaya berehat,” ujarnya sambil menambah ibunya berusia 55 tahun.
Hanim (kanan) bersama ibu (kiri) dan bapanya.
Merupakan kontak rapat, dia bersama 20 ahli keluarga lain termasuk bapa dan nenek masing-masing berusia 57 dan 92 tahun menjalani kuar4ntin di mana 16 daripada mereka kuar4ntin di rumah tempat berlangsungnya majlis perkahwinan yang dirancang.
“Kesemua kami buat ujian CvdI9 dan Alhamdulillah keputusan negatif setakat ini. Kami masing-masing pakai face mask di rumah,” katanya.
Antara persiapan untuk para tetamu.
Menurut anak ketiga daripada tujuh beradik itu, segala persiapan majlis telah dilakukan termasuk hantaran, manakala khemah dan pelamin telah dipasang lebih awal.
“Kami sempat beritahu katering yang majlis kahwin pada Ahad ditangguh. Mujur majlis nikah yang sepatutnya diadakan pada Sabtu tu masak sendiri, dan tak masak lagi.
Bila dapat tahu kena tangguh nikah, saya tak gel4bah. Saya cuma fikir keadaan mak, apa yang penting adalah kesihatan mak
NUR FARAHANIM AWALLUDIN
“Tapi untuk goodies kira-kira 600 buku roti tu kami sedekahkan kepada orang-orang kampung selain dibawa ke masjid untuk agihan kepada jemaah,” katanya.
Mengakui seb4k dengan sokongan rakan-rakan yang memberi kata-kata semangat, Hanim yang bekerja di sebuah kilang reda dengan ketentuan t4kdir.
Hanim dan tunang sepatutnya bersanding di pelamin pada 23 Januari.
“Saya tak men4ngis sebab terp4ksa tangguh nikah, tapi saya men4ngis dengan sokongan rakan-rakan yang sama-sama mendoakan kesembuhan ibu dan kesejahteraan keluarga saya.
“Berdasarkan perbincangan keluarga, kami merancang untuk mengadakan majlis akan diteruskan pada 2 Februari ini, insya-Allah. Moga segalanya dipermudahkan nanti,” katanya.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.malaysiatime.me/