Home Petua Tips Anzalna perlu masa pad4m foto lama di media sosial, akui berub4h bukan...

Anzalna perlu masa pad4m foto lama di media sosial, akui berub4h bukan sekel1p mata

90
0

SELEPAS tampil berhijab, pelakon Anzalna memberitahu dia perlu sedikit masa bagi memadamkan foto lama tidak menutup aurat yang dimuat naik di laman sosial.

Menurut Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, 34, dia terikat dengan beberapa kontrak sebelum ini yang memerlukan foto tersebut kekal dalam tempoh masa tertentu.

“Dalam usaha untuk berubah bukan senang nak berlaku dalam sekelip mata.

“Saya masih ada kontrak dengan beberapa produk dan akan padam gambar-gambar lama apabila rasa tidak perlu.

IMG_9743 2

Tampil dengan jenama Loveta untuk koleksi Loveta X Anzalna

“Apabila bertudung semua perkara kena jaga tetapi perlu perlahan-lahan berubah. Doakan saya agar istiqamah,” ujar Anzalna kepada mStar.

Anzalna ditemui ketika majlis pelancaran koleksi terbaru Loveta X Anzalna di The Ruma Hotel and Residences, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Cuma saya bertudung bukan untuk jual diri

ANZALNA

PELAKON

Sementara itu, bercakap tentang tawaran jenama tudung, Anzalna berkata, dia ada menerima beberapa tawaran sebelum ini namun belum bersedia.

Kata Anzalna, matlamat utamanya menutup aurat bukan bertujuan mencari keuntungan.

“Banyak tawaran yang datang namun saya tidak menjawab kerana ketika itu belum bersedia.

“Bukan tolak rezeki. Siapa yang tak mahu duit? Cuma saya bertudung bukan untuk jual diri,” tegasnya.

anzalna

Anzalna ketika hadir di majlis pelancaran Loveta X Anzalna

Bagaimanapun, Anzalna berkata, hatinya terbuka untuk bekerjasama dengan jenama Loveta dengan niat menyambung legasi yang ditinggalkan arwah Siti Sarah.

“Ketika diberi tawaran, saya memang nervous. Betul ke mereka mahukan saya?

“Arwah pernah menghubungi saya sebelum ini untuk kerjasama dengan jenama kosmetik Ratasya miliknya. Namun ketika itu saya masih ada kontrak dengan produk lain.

“Saya tidak menyesal dengan keputusan yang diambil dan gembira bekerja dengan semua orang dalam pasukan ini,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous article“Nak Sakitkan Hati Saya Ke? Mungkin Check Hati Awak Dulu,” – Uyaina Arsyad SeIar Komen Individu Ini
Next articleTerkejut tengok! Anak usia 3 tahun pandai mengadu pada Allah selepas dimarahi ibu – “Tak tahulah dia kumat kamit apa’’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here