Home Petua Tips Saya Terpinga-Pinga Dan Bingung Untuk Hadam Tentang Apa Yg Berlaku – Puteri...

Saya Terpinga-Pinga Dan Bingung Untuk Hadam Tentang Apa Yg Berlaku – Puteri Aishah Kongsi Situasi Sebenar

255
0

Puteri ketika dihubungi berkata, ini adalah pengalaman kali pertamanya ditahan wad dan dibawa menaiki ambulans pada 8 April lalu.

Pelakon Puteri Aishah kini beransur pulih dan tidak lagi berdepan msalah untuk menyesuaikan diri selepas sembilan hari dirawat di Hospital Sungai Buloh kerana disahkan posit1f COVlD-I9.

” Ketika disahkan posit1f wab4k ini saya tak nafikan memang agak terkejut dan sedikit tertekan kerana selama ini jarang dengar pesak1t yang tiada simptom.

” Tapi saya reda dan mengikut segala prosedur yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

” Pada hari pertama dirawat memang terpinga-pinga dan bingung untuk hadam apa yang berlaku .Banyak maklumat yang diberikan saya ambil masa untuk faham.

” Malah keadaan saya juga lemah pada hari pertama dan kedua apabila kerap munt4h dan tiada selesa makan. Barangkali disebabkan tindak balas ubat yang diberikan atau gastrik.

” Saya ditempatkan di bilik rawatan tahap ketiga berbanding tahap kelima yang lebih serius.

” Selepas beberapa hari di sini saya semakin stabil dan sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sekeliling,” katanya.

Solat, makan dan layan ‘movie’ jer

Menurut Puteri, sekiranya ujian yang bakal dilakukan pada 18 April ini mendapati dirinya negatif dia boleh dibenarkan pulang ke rumah.

” Alhamdulillah keadaan kesihatan juga sudah semakin baik.

” Hanya lima hari saja saya bergantung dengan ubat dan sekarang ini jururawat hanya memeriksa tekanan darah saja.
” Saya tidak dimaklumkan tarikh spesifik boleh keluar hospital, tapi sekiranya ujian yang bakal dilakukan pada 18 April ini negatif, saya boleh dibenarkan pulang,” katanya.

Kongsi Puteri, antara aktiviti yang dilakukan di dalam wad adalah memastikan dirinya rehat dengan cukup, solat, makan mengikut waktu dan tonton drama atau filem.

” Selain itu, saya juga berkawan dengan pesak1t lain dalam wad ini. Kami banyak berborak mengenai bagaimana wab4k ini boleh berlaku.

” Pesak1t juga tidak dibenarkan keluar daripada wad. Kalau nak pesan sesuatu pun kami perlu menghubungi nombor yang diberikan, barulah jururawat akan datang membantu,” katanya.

 

Terharu dengan pngorbanan jururawat

Dalam pada itu, Puteri berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa mengawasi dan menjaga pesak1t dengan baik.

” Saya kesian melihat keadaan petugas barisan hadapan yang perlu memastikan diri mereka selamat supaya dapat menjaga kami dengan baik.

” Ada yang beritahu kepada saya pakaian perlindungan (PPE) yang dipakai sangat panas, malah saya juga sedih apabila ada jururawat yang terpaksa membuat sendiri Face Shield (pelindung muka) untuk melindungi diri. Mungkin sudah kehabisan stok.

” Kalau boleh tolong untuk membuat pelindung muka di dalam wad buat mereka, saya sudah bantu tapi itulah bimbang risiko yang bakal mereka hadapi nanti,” katanya.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : lamanhiburan.pw

Previous article“Budak kecik pun jadi bahan fitn4h” – Perg4duhan Belum Reda, Kali Ni Ada Public Figure Fitn4h Anak Zarina Anjoulie?
Next articleBegitu Rendah Diri Dr Noor Hisham ,Setelah Diiktiraf Antara Tiga Doktor Terbaik Dunia.Ini Responnya ada kaitan dengan Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here