Home Petua Tips “Apa Yang Nurul Ain Buat, Jangan Ikut” – Wafariena Beri Peringatan Sikapnya...

“Apa Yang Nurul Ain Buat, Jangan Ikut” – Wafariena Beri Peringatan Sikapnya Dlm ‘7HMK’ Bukanlah Realiti Sebenar – Video VIral Berita

110
0

KEMBALI memberi terjemahan karakter paling dibenci peminat drama waktu perdana, 7 Hari Mencintaiku musim ketiga (7HM3) bernama Nurul Ain, pemilik nama lengkap Wafariena Roslan itu mengakui menerima pelbagai ugutan yang tidak tercapai akal.

Berkali-kali wanita berusia 27 tahun itu memberi peringatan dan penegasan bahawa apa yang dilihat audiens menerusi persembahan miang dan sikap busuk hatinya dalam televisyen bukanlah realiti sebenar.

Semua yang dipancarkan tidak lebih daripada sekadar lakonan semata-mata.

Itulah tugas seorang pelakon. Diberi peranan antagonis, sudah menjadi tanggungjawab buat mana-mana pelakon sekali pun untuk dijayakan sehabis baik sehingga penonton tidak dapat membezakan, mana fantasi, yang mana satu realiti.

“Tiada niat saya sengaja nak undang kecaman netizen. Semua yang penonton lihat hanyalah lakonan.

“Bagaimanapun, orang kecam sebab apa yang ditonjolkan drama menerusi karakter Nurul Ain itu dalam kehidupan realiti.

“Mungkin benda itu terjadi dalam kalangan masyarakat yang kita sendiri tak nampak.

“Untuk saya, orang marah dengan karakter Nurul Ain memberi satu impak besar dalam kerjaya sebagai seorang pelakon,” katanya kepada Pose pada sesi fotografi khas di Studio Media Mulia, Rabu lalu.

“Cuma saya nak orang tahu, apa yang Nurul Ain tunjukkan dalam drama, jangan kita ikut. Semua yang ditonjolkan (sikap miang, wanita perampas) hanyalah lakonan dan tak perlu jadi ikutan. Dalam drama, semua benda kita (pelakon) boleh buat,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :www.vv.cappucinnolatte.com/

Previous article“Macam Sebaya!” Tampannya Anak Bujang Rossa, Tapi Ibunya Maintain Muda Tak Makan Usia
Next article“Bila Orang Melaka Sembang, Mcm ni Lah”- Lakonan Didie Alias Dan Amyza Aznan Dlm Sitkom ‘Sembang Jarak Jauh’ Buat Ramai Terhibur – Video VIral Berita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here