Home Petua Tips “Artis Bukan Golongan Kayangan, Di Mata Undang-Undang Kita Semua Sama”

“Artis Bukan Golongan Kayangan, Di Mata Undang-Undang Kita Semua Sama”

278
0

Sejak kebelakangan ini, hangat diperkatakan mengenai dakwaan artis dilabel golongan kayangan apabila tidak dijatuhkan hukuman jika melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Bagaimanapun, pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu menolak dakwaan tersebut kerana dia tidak melihat wujud standard berbeza hukuman di negara ini.

BACA: Shuib Bengang Siti Sarah Dituduh Menunjuk Bagi Sumbangan

Menafikan artis golongan kayangan, Shuib berkata dia dan isterinya, Siti Sarah tetap menerima hukuman apabila turut dikenakan kompaun sebelum ini kerana melanggar SOP.

“Sama sahaja, saya dan isteri dikompaun RM1,000 seorang kerana melanggar SOP. Kami mengakui kesalahan dan tidak ada pengecualian dalam menerima hukuman.

“Tetapi kesalahan itu bukan kerana merentas negeri. Sebab soal merentas negeri kami mempunyai dokumen lengkap berkaitan kerja,” katanya.

Jelas Shuib lagi, sebagai seorang selebriti dia tidak pernah mendapat layanan berbeza mahupun istimewa kerana tetap menerima hukuman sama seperti orang biasa.

“Tidak wujud golongan kayangan atau apa. Sebab di mata undang-undang kita semua sama. Termasuklah menteri sekalipun,” katanya.

Pada Februari lalu, Shuib dan Sarah dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di sebuah restoran.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/

Previous article“Dikec4m L4wat H0spital Ramai2,” Anak Tiri Tokti M0hon Maaf T4mpil Beri Penjel4san
Next articleBaru Je CP Khaleeda Kongsi Foto Sehari Lpas B3rsaIin, Sekali Benda Lain Yg Netizen Perasan Buat Ramai Terkejvt

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here