Home Petua Tips “Setiap kali dia dapat rezeki, dia pasti datang sedekah kepada kami” –...

“Setiap kali dia dapat rezeki, dia pasti datang sedekah kepada kami” – Ashraf Sinclair penderma tetap rumah anak yatim

278
0

PELAKON Ashraf Sinclair disifatkan sebagai individu pemurah ketika hayatnya apabila dia menyumbangkan derma dan bantuan kepada rumah anak yatim.

Pengurus Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman, H Ahmad Habib mendedahkan Ashraf merupakan penderma tetap rumah kebajikan kelolannya itu.

Justeru itu, pemergian Ashraf cukup dirasai oleh penghuni yayasan tersebut.

“Dia adalah penderma tetap Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman.

“Dia sangat mesra, baik hati dan ramah. Kami merasai kehilangan apabila mendapat berita ini,” katanya semasa ditemui media di rumah duka, Jakarta Selatan pada Selasa.

 

Ashraf bersama isteri dan anak tersayang.

 

Sementara itu, Ahmad Habib berkata kali terakhir dia bertemu pelakon berusia 41 tahun itu kira-kira dua bulan lalu.

“Ini kan sekolah agama, jadi bila pun dia boleh datang, selalu datang.

 

Setiap kali dapat rezeki, dia pasti datang memberi rezeki kepada kami.

“Kami berjumpa dua bulan lalu, semasa jumpa itu dia sihat dan baik-baik sahaja,” ujarnya.

Pada pagi Selasa, suami kepada pelakon Bunga Citra Lestari ini meninggal dunia akibat serangan jantung.

Berita sedih itu disahkan sendiri oleh ibu allahyarham, Khadijah Abdul Rahman menerusi mesej di aplikasi WhatsApp kepada mStar.

Ashraf meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

 

Sumber : mstar

Previous articleKebetulan Zahirah MacWilson Dan Emma Maembong Kahwin Khamis Ini,Alasan Mereka Berdua Memang Tak Disangka
Next articlePeminat Indonesia Mahu Uyaina & Penyanyi Dangdut Reza Zakarya Bercinta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here