Hadiah untuk ulang tahun perkahwinan biasanya dipilih mengikut keinginan yang sering disebut-sebut oleh pasangan kita.
Seperti baru-baru ini, pelakon Syatilla Melvin telah menyambut hari ulang tahun kelahiran serta ‘anniversary’ perkahwinannya yang keenam dengan suami, Shaheizy Sam.
Melalui video yang dimuat naik menerusi laman Instagram rasmi miliknya, kakak kepada pelakon Syifa Melvin itu difahamkan menerima hadiah berupa vacum daripada suami tercinta.
Menurut Syatilla, dia ada menerima tawaran hadiah berupa bag, kasut dan barang-barang lain, namun tetap memilih vacum kerana tidak tahan melihat habuk di dalam rumah mereka.
“Haritu dia usung tV, semalam dia usung vacum pulak dalam mall. @shaheizy_sam my everything,” tulis Syatilla di ruangan kapsyen.
Video:
View this post on Instagram
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 17.5k likes dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan suami isteri ini.
Untuk makluman, Sam mendirikan rumah tangga dengan Syatilla atau nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin pada 8 Februari 2016.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun.
Komen netizen:
Sumber: Instagram samtilla
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber :https://www.sinarviral.kini.blog/