Home Petua Tips Syed Saddiq Bangun Cuba Nak Mencelah Tun M. Sekali Noh Omar Persenda,...

Syed Saddiq Bangun Cuba Nak Mencelah Tun M. Sekali Noh Omar Persenda, Ayat Dia Buat Ramai P4nas Hati

257
0

” Payah sangat ke nak tutup mulut sekejap saja dan dengar apa yg dia cakap?

Ini dia baru nak mula bercakap dah kena ejek,” Demikian antara komen warganet yang mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen ‘senior’ yang cuba mempersenda Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika sidang dewan rakyat semalam. Terdahulu, Ahli Parlimen Tanjung Karang.

” Payah sangat ke nak tutup mulut sekejap saja dan dengar apa yg dia cakap? Ini dia baru nak mula bercakap dah kena ejek,”

Demikian antara komen warganet yang mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen ‘senior’ yang cuba mempersenda Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika sidang dewan rakyat semalam.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dilihat mempersenda Syed Saddiq yang ingin mencelah dalam perbahasan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.
” Cucu, cucu nak mencelah, cucu,” kata Noh.
Kemudian Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pula menyambung: “Tanya atuk (merujuk kepada Dr Mahathir) kenapa dia letak jawatan.”

” Boleh mencelah?” tanya Syed Saddiq sebelum Noh sekali lagi mencelah: “Bagi cucu, cucu nak mencelah.”

Mungkin kelihatan biasa buat sesetengah pihak namun insiden itu menjadi bualan malah trending di Twitter, iaitu di tangga kedua selepas tanda pagar Dewan Rakyat.

Kebanyakannya memberikan sokongan kepada Syed Saddiq dan berasakan tidak wajar beliau diperlakukan sebegitu, lebih-lebih lagi daripada wakil rakyat yang lebih senior daripadanya.

Seorang pengguna Twitter, Ok Sokmo (ShaanGom) berkata tahap tidak hormat terhadap Syed Saddiq di Parlimen menunjukkan bagaimana belia dilayan dan dipandang rendah.

” Biarkan belia mengambil alih dan membawa Malaysia ke tempat yang lebih baik,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, Wan Afifi Zawawie (Afifizawawie) menciap: “Cara Syed Saddiq diejek dan diperlekehkan di Parlimen adalah bukti bagaimana pandangan dan pendapat belia sering dibiarkan dan diabaikan oleh generasi lama.

Sejak pagi, sidang tersebut kecoh, gegak-gempita dan suara-suara ‘meny3rang dan dis3rang’ itu datang baik daripada pihak pembangkang mahupun kerajaan, tidak kira yang berusia atau yang muda.

Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pada Isnin mencatat pelbagai sejarah baharu termasuk pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru, Datuk Azhar Azizan Harun.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pula menjadi wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof akur dengan pengosongan jawatannya sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan menyifatkan proses tersebut telah dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Mohamad Ariff berkata sejak dari awal beliau telah menjelaskan bahawa akan mengosongkan jawatan tersebut sekiranya ia dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Kau tengok lah bila orang muda nak berbahas betul-betul. SyedSaddiq kena ejek, buat lawak bodo, kena perli dengan orang-orang tua yang jadi ahli Dewan.

Sumber : asiakini

Previous articleMasuk laluan bertentangan, lelaki B4ngladesh didakwa sebabkan kem4tian gadis
Next articleAnwar Tgh Semangat Ckp Pasal ‘Katak’. Tiba2 Azeez Bangun Dan Petik Nama Tun M, Terkedu Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here