Ada antara kita akan mempunyai rakan baik yang tidak jemu ‘mengusik’ kita lebih-lebih lagi apabila sedang ‘m4buk’ bercinta. Baru-baru ini, IG live pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad mencuit hati pengikutnya apabila dia di ‘bahan’ oleh Shukri Yahaya mengenai desas-desus percintaa’ Sharnaaz dan penyanyi De Fam, Azira Shafinaz. Semasa IG live sedang berlangsung, ramai pengikut Sharnaaz yang mention Azira untuk sertai IG live mereka.
View this post on Instagram
Shukri yang suka melihat gelagat Sharnaaz yang seperti orang tak senang duduk itu semakin ‘mencucuk’ Sharnaaz untuk mengajak Azira untuk sertai IG live mereka. Lebih menghiburkan hati orang ramai, Sharnaaz tiba tiba menjadi seorang yang tersipu malu dan hanya mampu berdiam diri di saat Azira muncul dalam IG live tersebut. Amboi Sharnaaz, buah hati ada terus jadi ‘lembik’ ya? Mana pergi ‘mamu’ yang macho itu? Hihi…
Shukri yang dikenali dengan perangai masuk air itu membuat orang ramai terhibur apabila dia sering mem3rli dan membahan Sharnaaz. Shukri berkata kisah percintaan Sharnaaz dan Azira ini seperti kisah zaman percintaan remaja dek kerana Sharnaaz menjadi kelu lidah untuk bersembang dengan Azira. Apabila melihat IG live mereka, amat terserlah perangai Sharnaaz yang malu apabila berhadapan Azira. Bau nasi minyak ni..
Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya yang merestui dan mendoakan kebahagiaan hubungan Sharnaaz dan Azira. Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Sharnaaz dan pihak Azira mengenai desas-desus percintaan mereka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber :https://www.motifviral.dnqj.my//