Home Petua Tips “Badan macam ni nak jadi artis ,badan ketot macam kau ni” sekali...

“Badan macam ni nak jadi artis ,badan ketot macam kau ni” sekali isteri Bell Ngasri bersuara

447
0

Luahan isteri Bell Ngasri iaitu Farhana buka cerita yang ramai orang tak tahu. Tahniah Bell diatas kemenangan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Paling Popular 35.

Luahan Farhana atas kemenangan suaminya memang dinanti peminat dan rupanya banyak sejarah Bell yang ramai orang tak tahu.

“Dia tak da fan pun sebenarnya tapi saya pun tak pasti la mungkin peminat peminat yang di luar sana tu yang sokong dia kerana
membesar dengan drama drama dia,apa yang dia cakap tu memang betul ta da fan pun.Tapi ada malam berinai masa saya dengan dia cincin
kahwin pula hilang masa dia tukar baju” komen Farhana bila di tanya wartawan.

Sebagai orang produksi tentunya Sha lebih memahami kerjaya suami tersayang yang sudah lebih tiga dekad berada dalam industri.

Luahan dari hati ke hati dari isteri yang setia dan dan sabar atas perjuangan suami.

Pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-35, Bell Ngasri mendedahkan pernah dihina seorang pengarah terkenal yang mempertikaikan bakat lakonannya hanya kerana bertubuh pendek.

Bagaimanapun, Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, 43, berkata, dia tidak pernah mengambil hati dengan kata-kata negatif seperti itu.

Sebaliknya, katanya, dia menjadikan penghinaan sebagai pembakar semangat untuk mengecapi kejayaan.

“Sepanjang hidup saya sebagai artis, saya banyak melalui pahit manis. Pernah ada yang berkata kepada saya, ‘Macam ni ke jadi artis, badan ketot macam kau ni?’

“Demi Allah, ini memang betul terjadi. Pengarah berkata begitu ada dalam (panggung) tadi.

“Kalau awak yang kena macam mana? Sudah tentu ia akan melunturkan semangat diri.

“Tetapi, Alhamdulillah, ini adalah satu bukti kepada mereka yang pernah buat begitu pada saya,” katanya sambil menunjukkan trofi kemenangannya pada sidang media sebaik sahaja malam kemuncak ABPBH 35 yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya berakhir.

Meskipun pernah diaibkan dengan penghinaan seperti itu, namun, Bell berkata, situasi itu tidak pernah membuatkannya putus asa hingga mahu mengundurkan diri dari dunia seni.

Malah, anak kepada pasangan penyiar dan pelakon, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar ini tiada sekelumit pun perasaan dengki dalam hati terhadap artis lain yang mengalami nasib lebih cerah berbanding dirinya.

“Walaupun orang pernah buat tak peduli kepada saya, tetapi saya tetap suka nak bantu untuk naikkan orang lain.

“Kalau nak ada perasaan dengki sejak dulu lagi saya boleh nak dengki dengan orang. Tetapi, saya bersyukur tiada sedikit pun perasaan dengki dalam diri.

Lihat video

@f8buzz Luahan isteri @Bell_Ngasri @Shafarhana ♬ original sound – F8Buzz

Sebagai isteri, Sha turut berkongsi kemeriahan peminat mengundi suami tersayang di media sosial miliknya dan tak menyangka populariti Bell melonjak naik ketika ini.
Yang pasti, Sha bukan calang-calang wanita kerana dia juga berkerjaya dan berpengalaman dalam industri seni.
Pendek kata, ibu tiga anak ini ialah orang kuat di belakang tabir.

Apa pun sudah menepati ramalan,  Bell Ngasri telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH 35 (ABPBH35), yang berlangsung sebentar tadi.

Sumber : tiktok

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Previous article“Buat Benda Yang Tak Masuk Akal…” – Janna Nick Tertekan Diserang Benda Ini
Next articleTiada Angin tiada ribut, Berpisah ? Nora Ariffin dan Suami Tak Boleh Sorok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here