Sekitar dua hari lalu, Malaysia dikjutkan dengan insiden pelanggaran dua tren LRT yang menyebabkan ratusan penumpang cdera prah. lnsiden yang tidak dijangka mampu berlaku itu dilaporkan berikutan kecuaian pemandu yang membawa tren pada arah yang salah.
Berikutan insiden yang berlaku, YB Tajudin Abdul Rahman selaku Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad tampil ke lokasi kejadian dalam melihat ins!den yang berlaku serta tampil memberi keterangan menerusi sidang media.
Di samping memberi keterangan serta sedia memberikan pampasan RM1,000 kepada penumpang yang terlibat, pelitup muka yang dipakai YB Tajudin nampaknya berjaya menjadi perhatian para netizen.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, pelitup muka yang dipakai oleh YB Tajudin produk di bawah rangkaian LG PuriCare yang hadir dengan harga RM1,699.
Apa yang membuatkan pelitup muka unik serta hadir dengan harga yang premium adalah penawaran teknologi pembersihan udara sekaligus memastikan pengguna menerima udara yang bersih.
Turut dilengkapi sistem penapisan udara. Sumber: Tech360 tv
Meskipun tampil ke sidang media dengan pelitup muka yang premium, YB Tajudin Abdul Rahman dilaporkan sedia disiasat berikutan terdapat rakaman video yang memaparkan beliau tidak memakai pelitup muka dalam sebuah sidang media baru-baru ini.
Beliau dilaporkan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam terdekat. Di bawah SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), keggalan memakai pelitup muka merupakan satu keslahan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.thevocket.com/