Home Petua Tips bapa pergi dulu selepas hari-hari tanya ‘bilalah kerajaan nak bagi rentas negeri’

bapa pergi dulu selepas hari-hari tanya ‘bilalah kerajaan nak bagi rentas negeri’

257
0

Dua orang tua meniggal masa PKP, bapa pergi dulu selepas hari-hari tanya ‘bilalah kerajaan nak bagi rentas negeri’

KERAJAAN masih mengekalkan pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara ketika ini bagi mengekang penularan virus Covid-19 yang belum menunjukkan tanda-tanda positif untuk berkurang.

Enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 14 April ini.

Antara aktiviti yang masih dilarang adalah rentas negeri, kecuali bagi mereka yang mempunyai alasan kukuh seperti kematian dan urusan penting lain.

Sementara itu, 10 negeri dan wilayah iaitu Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Pahang, Perlis dan Sabah termasuk Putrajaya dan Labuan dikekalkan status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), juga sehingga 14 April.

Namun begitu kebelakangan ini kita ‘dihidangkan’ dengan kisah segelintir pihak yang didakwa tidak jujur dan menggunakan alasan urusan kerja untuk melakukan perjalanan rentas negeri, sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati orang lain.

Ketika isu berkenaan masih hangat ketika ini, luahan hati seorang pengguna media sosial mengenai nasib dirinya benar-benar meruntun hati netizen.

“Sebulan sebelum abah saya meninggal, hari-hari call tanya bila la kerajaan nak bagi rentas negeri. Abah rindu cucu katanya.

“Last video call dua hari sebelum abah pergi, puas dia tengok cucu dia. Akhirnya dapat juga rentas negeri balik tengok abah… tapi abah dah tak bernyawa.

“Dua-dua orang tua saya pergi masa PKP. Al-Fatihah untuk arwah mak dan abah,” tulis pelayar tersebut.

Sehingga kini ia meraih lebih 300 shares di Facebook Penang Kini, malah turut dikongsikan beberapa laman Facebook lain.

Menurut pelayar tersebut, ibunya terlebih dahulu menghembuskan nafas terakhir pada 5 Oktober 2020 manakala arwah bapanya pula meninggal dunia pada 21 Februari 2021.

Luahan hati tersebut dicoret dengan ringkas pada ruangan komen sebuah perkongsian, namun cukup untuk membuatkan rata-rata netizen sebak dan dapat menyelami perasaan yang ditanggung pelayar berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen melahirkan rasa simpati dengan kisah pemergian kedua-dua orang tua pelayar berkenaan.

Namun ada juga yang berkongsi kisah serupa kehilangan orang tersayang sewaktu PKP.

“Tanggal 27 Mac 2021 dapat rentas negeri tapi bapa mentua dah meninggal. Kesian orang rumah, tahun lepas bulan 3 emak (meninggal dunia)… tahun ni ayah.

“Setahun lebih tak balik kampung start dari mengandung sambung PKP, bersalin, sampailah anak umur 6 bulan. Alhamdulillah dapat balik tapi tengok jasad ayah mentua yang dah tak bernyawa. Dia teringin benar nak tengok cucu dia tapi sampai ke sudah tak dapat. Alfatihah.

“Saya pun ada kehilangan orang masa PKP. Nasib baik tak kena halangan apa-apa atau saman masa merentas. Sempat juga nak mandikan jenazah,” demikian antara komen netizen.

sumber mstar

Previous articleNkah di Siam Dh Lama Baru Bgtau Bapanya, Kau Rasa Bgus ke Budi Bahasa Anak Jnis Begini – Chef Wan
Next articleTeka Teki Trjawab Haliza Misbun Akhirnya Bertemu Jodoh Dgn Jejaka British.Ada Alasannya Knp Memilih Jejaka Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here