Setiap ibu bapa ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Bagi pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mereka ada cara tersendiri untuk mendidik anak-anak terutamanya dalam mendisiplinkan mereka.
Memetik mStar Online, Hairul berkata dua anaknya iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah lebih takut dengan dirinya berbanding isteri.
Menurut Hairul lagi, setiap ibu bapa mempunyai cara mereka tersendiri dalam mendidik anak, namun bagi pelakon Paskal itu dia tidak pernah menggunakan rotan.
“Sebenarnya anak-anak takut dengan kami berdua terutama mereka takut dengan saya la. Kalau saya tak bagi sesuatu atau baru sebut ‘aaa’ sahaja pun mereka takut dan menangis.
“Tapi nak cakap mengenai parenting ini, masing-masing mempunyai cara tersendiri. Mungkin cara saya pun tak sama dengan ibu bapa lain. Selalunya kalau saya marah, Hanis akan pujuk.
“Sama juga kalau Hanis marah, saya pula akan pujuk. Saya tak pernah rotan mereka tapi pernah la cubit atau saya tegur dengan pandangan, mereka akan diam,” katanya.
Sebelum ini, Hanis memberitahu wajahnya mungkin nampak saja lembut namun sebenarnya dia tegas dalam mendidik dua anaknya.
Kredit: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.majalahpama.my/