Home Petua Tips ‘Akhirnya Yg Tak Mahu Itu Juga Datang Merapati’ Dgn Sekali Lafaz Penyanyi...

‘Akhirnya Yg Tak Mahu Itu Juga Datang Merapati’ Dgn Sekali Lafaz Penyanyi Bella Nazari Sah Bergelar Isteri

303
0

Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi, Bella Nazari, 33, yang kini bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Iqbal Kamarudin, 37, di sebuah hotel di Perlis pada jam 11 pagi, pada Sabtu dengan sekali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Nazari Ahmad.

Memetik Berita Harian, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000, selain tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang.

Percaya pada jodoh, pemilik nama lengkap Mas Nabiella Nazari memanjatkan rasa syukur kerana semuanya berjalan lancar.“Sudah nama pun jodoh.

Dahulu bukan main nak elak berkahwin dengan lelaki sealiran seni.

Akhirnya yang tak mahu itu juga datang merapati.

“Hingga kini, saya masih tak percaya semua ini terjadi. Dalam hati ingat akan kahwin dengan lelaki berusia, jadi isteri ketiga atau keempat.

“Maklumlah usia saya mencecah 33 tahun baru bertemu jodoh,” katanya seperti yang dipetik.

Ditanya mengenai detik perkenalan di antara mereka, Bella yang sinonim menerusi lagu Oh Cintaku itu menjelaskan, dia mengenali suaminya yang juga duda anak satu itu ketika mengikuti pengajian di sebuah universiti.

“Dia adalah bekas kekasih saya. Tidak sangka selepas 10 tahun membawa haluan masing-masing, kami bertemu semula.
“Bakal suami bekerja di bahagian orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kami kembali serius sejak hampir dua tahun lalu,” ujar Bella yang turut akui terpikat dengan sifat bertanggungjawab jejaka berkenaan.

Malah, si dia turut pandai mengambil hati.

“Dia sentiasa berusaha menggembirakan saya.

Setiap kali berdepan tekanan, dia akan berusaha membuat saya kembali tersenyum.“Suami juga sangat bertanggungjawab dan ini antara faktor mengapa hati saya terbuka menerimanya sebagai suami,” akuinya.Terdahulu.

Pasangan sama cantik sama padan ini bertunang pada 26 Oktober tahun lalu dan difahamkan, keduanya akan diraikan dalam majlis resepsi di Dewan Mes Pegawai Kanan PDRM, Kangar Perlis.

Meninjau di Instagram bintang berkenaan, kenalan dan jemputan turut berkongsi foto hari bahagia pasangan lalu turut diulang siar kembali Bella.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : MH

Previous article‘Bila Dah Sayang Mak Dia Pulak Nak Balik’ Wanita Kesal Ibu Kandung Ambil Balik Lps Bertahun Serah Keluarga Angkat
Next article“Kenapa Tinggalkan Cik Lan,” Pembantu Peribadi Roslan Shah Meningg4l Dunia, Ini Punca Sebenar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here