Bella Dally merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Bakat beliau dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama pada 2009, dan sejak itu dia telah berlakon dalam beberapa drama TV, filem dan telefilem.
Sejak bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Arif Izuddin pada 31 Mac 2019, dia dilihat jarang sekali memuat naik gambarnya bersama suami di media s0sial.
Ramai peminatnya tertunggu-tunggu untuk melihat gambar terbaru atau perkembangan tentang pasangan tersebut selepas berkahwin. Namun, Bella tidak pernah memuatnaik gambar bersama suaminya sehingga ada yang menyangka pelakon tersebut ‘single’.
Ekoran dari itu, Bella Dally mengakui kesilapan perkahwinan lalu telah banyak mengajarnya untuk menjaga privasi rumah tangga. Atas faktor itu mendorong selebriti ini tidak terlalu berkongsi perihal rumah tangganya di media sosial.
“Saya tidak mahu terlalu berkongsi perihal rumahtangga di sosial media. Saya inginkan ‘privacy’ kerana pengalaman lama membuatkan saya memilih cara ini walaupun suami tidak pernah menghalang untuk lakukan apa yang saya suka. Apa yang penting, saya kena tahu had dan menghorm4ti suami saya.”
“Apabila kita selalu kongsi dan tidak berbuat demikian kerana kesibukan, ia akan mengundang spekulasi. Itu yang saya cuba elakkan,”
Terdahulu, sebelum ini Bella pernah berkahwin dengan Nazim Othman, namun selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, mereka membuat keputusan untuk bercer4i pada Mei 2018.
Ketika ditanya mengenai perkahwinan Bella, Nazim mengakui terkesan dengan pernikahan bekas isterinya itu.
Apapun, walaupun jarang berkongsi di media s0sial semoga hubungan Bella dan suami berkekalan hingga ke syurga.
Sumber : Youtube
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.mediamalaysia.cc/