KUALA LUMPUR, 28 Mei – Malaysia mencatat angka paling rendah kes positif baharu COVID-19 semalam iaitu hanya 15 kes, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lepas.
Menariknya, jumlah kes baharu itu memperlihatkan penurunan sangat mendadak berbanding 187 kes positif pada hari sebelumnya, yang sebahagian besar melibatkan individu bukan warganegara.
Melihat situasi ini, jelas memberi semangat dan harapan untuk negara segera bebas COVID-19, apa lagi dengan bantuan barisan petugas hadapan yang memutuskan rantaian penyakit membvnuh itu.
Pun begitu, kerjasama rakyat juga sangat diperlukan, untuk sama-sama meningkatkan disiplin dan kebersihan diri, serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, sepanjang tempoh PKP Bersyarat (PKPB).
Memetik kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media semalam, Kementerian Kesihatan
(KKM) menzahirkan kebimbangan akan berlaku peningkatan mendadak kes COVID-19, yang sekali gus mengakibatkan gelombang baharu dalam negara sekiranya masyarakat leka, tidak patuh, dan ingkar SOP.
KKM bimbang, jika berlaku peningkatan COVID-19 susulan pergerakan orang ramai melalui aktiviti kunjung-mengunjung, rentas negeri, dan pergaulan dalam kalangan masyarakat, semasa sambutan Aidilfitri.
Masyarakat yang kini diberikan sedikit kebebasan dengan PKPB perlu berwaspada, dan tidak mengambil mudah situasi penurunan kes yang berlaku semalam, kerana peperangan menghadapi virus COVID-19 masih belum tamat.
Begitu juga mengenai wbak m4ut ini yang dibawa tanpa simptom, iaitu kelesuan dan hilang deria bau serta rasa,yang kini termasuk dalam gejala COVID-19 tidak nyata.
Oleh itu, janganlah memandang ringan akan ancaman yang dibawa pandemik ini dan cepat-cepatlah mengambil langkah sewajarnya jika berasa badan tidak sihat.
Justeru sebagai rakyat, laksanakanlah tanggungjawab untuk sama-sama memerangi pandemik ini.
Jangan sia-siakan setiap usaha dan titisan keringat barisan petugas hadapan, yang bekerja tanpa mengira penat lelah sejak awal pandemik COVID-19 menular dalam negara, dan semua pihak patut mengambil tanggung jawab masing-masing.
Sumber : Siakapkeli