Kes penceraian di antara Fizo Omar dan bekas isterinya, Mawar Karim pernah menjadi isu hangat di kalangan netizen.
Ada yang mendakwa punca penceraian adalah disebabkan Fizo selalu melebihkan ibunya.
Selepas beberapa tahu, Fizo buka mulut mengenainya.
“Tidak pernah keluar mana-mana kenyataan daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan ibu belah saya atau belah Mawar.
“Tapi mungkin bila kita ambil pendekatan untuk berdiam diri, jadi keluarlah macam-macam spekulasi.
“Jadi pada saya tak perlu saya menjawab, tak perlu saya mengiya dan menidakkan, biarlah benda itu antara rahsia saya dan Mawar.
“Bagusya saya dan Mawar berdiam diri tanpa membukan pekung atau membuka aib mana-mana pihak. Sebab semua orang ada salah semua orang ada kebaikan dia.
View this post on Instagram
“Jadi nak buat assumption, terpulang pada orang dan pada saya, kami lebih tahu apa yang berlaku,”katanya
Tambah Fizo, ibunya juga tak pernah campur tangan dalam membuat keputusan atau apa sahaja berkaitan dengan hal rumah tangga mereka.
“Mak saya tak pernah campur tangan, jenis diam dan tak ambil tahu. Kami bergaduh pun mak tak tahu. Pada mulanya saya simpan, tapi bila duduk serumah, dia lebih makan garam, lebih tahu dan syak.
View this post on Instagram
“Saya tak akan cerita sebab bila kita cerita, kita tengah panas tengah marah, semua tentang dia jadi tak betul dan semua berkenaan kita betul.
“Jika nak bercerita atau perlukan seseorang untuk berkongsi sebaik-baiknya biarlah reda dulu, fikir positif. Boleh nak bercerura tapi biarlah sejuk dahulu.”
Fizo dah pun jelaskan, jadi jangan tuduh-tuduh ya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://www.dnq.pw/