Home Petua Tips Teka Teki Trjawab Haliza Misbun Akhirnya Bertemu Jodoh Dgn Jejaka British.Ada Alasannya...

Teka Teki Trjawab Haliza Misbun Akhirnya Bertemu Jodoh Dgn Jejaka British.Ada Alasannya Knp Memilih Jejaka Ini

476
0

Setelah lama menyepi Cinderella Malaysia, Haliza Misbun. Akhirnya bertemu putera idaman berbangsa Inggeris.

Apa pun tahniah diucapkan pada Haliza kini telah menjadi isteri setelah begitu lama mencari calon suami.

 

 

PELAKON Haliza Misbun selamat bergelar isteri kepada jejaka British, Matthew John Rodgers, 48, dengan sekali lafaz di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, pada petang Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd Lazim Khairudin kira-kira pukul 5.25 petang.
Upacara akad nikah itu berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri 50 tetamu sahaja.

Pada majlis ringkas itu, Haliza menerima mas kahwin RM80, selain wang hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik membina keluarga baharu.

Haliza menyerahkan lima dulang hantaran, berbalas tiga daripada pengantin lelaki.

Perkahwinan dengan duda anak satu yang juga perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa itu sekali gus melenyapkan teka-teki status sebenar pelakon drama Cinderella itu.

Menurut Haliza dia menjalinkan hubungan persahabatan dengan Matthew sejak empat tahun lalu.

Suamilah lelaki pertama yang saya berani bawa bertemu keluarga selepas setahun menjalin hubungan cinta

“Ini adalah perkahwinan pertama saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Selama ini, saya tahu ada yang sangsi dan berteka-teki dengan status saya. Ada juga yang menyangka saya sudah berkahwin.

“Namun, saya bersyukur apa yang dinantikan sekian lama sudah dimakbulkan. Kehadiran suami melengkapi hidup saya, insyaAllah.
“Suami sudah menetap di Malaysia, sejak sembilan tahun lalu. Kami berkenalan menerusi kawan, bertemu di sebuah restoran di Damansara Heights ketika saya bersama rakan menjadi detik awal perkenalan,” katanya.

Sementara itu, Haliza berkata dia mula serius memikirkan mengenai perkahwinan ini selepas melihat kesungguhan Matthew bertemu keluarganya.

 

Haliza terpikat dengan kesungguhan yang ditunjukkan Matthew.

“Saya akui, suamilah lelaki pertama yang saya berani bawa bertemu keluarga selepas setahun menjalin hubungan cinta. Saya yakin dengan kesungguhannya untuk menjalinkan hubungan serius. Kami juga terbuka dalam pelbagai aspek.

“Mungkin disebabkan usia sebaya menjadi faktor keserasian dan saling memahami,” katanya yang mengenakan busana rekaan teman baik, Sutex dan adiknya, Rozana Misbun menjadi pengapit.

Sejurus selesai upacara akad nikah, pasangan mempelai diraikan di sebuah dewan di lokasi yang sama.

Haliza berkata, suaminya melakukan rakaman secara langsung menerusi laman Facebook untuk berkongsi detik sejarah bersama keluarga dan kenalan rapat di England.

“Keluarga dan kenalan rapat suami tidak dapat hadir disebabkan sempadan negara tidak dibuka dan pandemik Covid-19. Namun, suami mahu juga ahli keluarga melihat secara virtual,” katanya.

Tahniah di ucapkan kepada Haliza dan pasangan. Semiga mahligai yang dibina kekal sehingga ke syurga

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mstar

Previous articlebapa pergi dulu selepas hari-hari tanya ‘bilalah kerajaan nak bagi rentas negeri’
Next article“Ayat Bro Ckup Bijak,Kalu Jnis Kldai Dvngu Mmg Dah Lama Trkena”.Dah 9 Tahun jaga Mak Skali Ada Org Nak Sc4m Surh beli katil hospital

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here