PELBAGAI idea kreatif dirancang sebagai kejutan hadiah hari jadi buat insan tersayang.
Seorang kanak-kanak begitu ceria apabila menerima permainan replika lori yang boleh dipandu.
Menariknya, hadiah tersebut dibawa menggunakan sebuah lori yang dipandu bapa saudaranya.
Bercakap kepada mStar, Muhammad Akmal Mohamad Azwan berkata, kejutan dibuat sempena ulang tahun kelahiran anak saudara lelakinya yang ke-2 pada 11 September lalu.
Mengenai majlis hari jadi yang disambut pada bulan lalu itu, katanya, hadiah tersebut diidamkan anak saudaranya, Iqwan Danish Muhammad Iqbal yang menyukai kenderaan itu.
View this post on Instagram
“Anak buah memang rapat dengan saya. Dia memang minat dengan lori, kalau nampak mana-mana permainan lori pasti minta dibelikan.
“Sempena hari jadi dia, saya bincang bersama keluarga termasuk mak ayah dia tentang hadiah yang menarik selain mainan lori kecil dah banyak dia ada,” katanya ketika dihubungi.
Akmal membuat persiapan kejutan hadiah hari jadi buat anak saudara.
Pemuda berusia 24 tahun itu berkata, minat anak saudaranya terhadap permainan kenderaan itu turut dipengaruhi oleh pekerjaannya sebagai pemandu lori.
“Dah empat tahun saya kerja bawa lori, dari anak buah belum lahir lagi. Bila selalu jumpa anak buah, pasti dia minta saya bawa jalan-jalan naik lori.
“Secara kebetulan, saya ternampak mainan replika lori yang menggunakan bateri dan alat kawalan jauh, semasa melalui sebuah kedai permainan ketika bekerja.
“Saya fikir kenapa tidak hadiahkan lori tu? Konsepnya macam main basikal atau mainan replika kereta dan motosikal,” ujarnya yang berasal dari Klang, Selangor.
Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, bersama keluarga beramai-ramai, mereka mengumpul wang bagi membeli permainan replika lori.
“Kami satu famili kumpul duit beli lori tu. Harga asal RM1,800 sebuah, tapi dapat special offer iaitu RM1,500,” katanya yang bertugas melibatkan servis penyelenggaraan pam air.
Lori permainan menggunakan alat kawalan jauh.
Lebih mesra disapa Akmal, katanya, kepala lori yang berwarna putih kemudian dicat dengan biru untuk disamakan warna kereta kedua-dua ibu bapa anak saudaranya.
Akmal turut berkongsi pengalaman selepas membeli hadiah permainan replika lori yang boleh menampung muatan maksimum 30 kilogram itu untuk dibawa pulang ke rumah.
Dah empat tahun saya kerja bawa lori, dari anak buah belum lahir lagi. Bila selalu jumpa anak buah, pasti dia minta saya bawa jalan-jalan naik lori
MUHAMMAD AKMAL MOHAMAD AZWAN
“Masa saya beli tu pada hari cuti, dan lori tu kepunyaan syarikat yang ditinggalkan di parking di tempat kerja. Jadi, kami guna kereta Perodua Bezza milik bapanya untuk bawa balik mainan tu.
“Kami leraikan mainan lori tu kepada dua bahagian iaitu bahagian kepala dan rangkanya. Memang mencabar nak bawa masuk dalam kereta menggunakan tenaga empat orang termasuk saya dan bapanya, tapi syukur akhirnya muat juga selepas hampir sejam,” katanya.
Akmal (kiri) bersama anak saudara yang seronok menaiki lori permainan.
Bagi menampilkan kelainan, jelasnya, hadiah tersebut dibawanya menggunakan lori yang dipandunya untuk tugasan sempena majlis sambutan hari jadi anak saudaranya.
“Idea tersebut timbul selepas mendapat inspirasi daripada orang lain yang bawa hadiah basikal guna lori. Alang-alang hadiah tu lori, jadi bawa balik dengan naik lori juga.
“Anak buah excited dapat hadiah tu. Sekarang tak perlu lagi tunggu saya bawa dia jalan-jalan naik lori sebab dia dah ada ‘lori’ sendiri!” katanya.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.malaysiatime.me/