Home Petua Tips Bila Duit RM 250 Ribu Dikaitkan Dengan Wanita Misteri Akhirnya Syed Saddiq...

Bila Duit RM 250 Ribu Dikaitkan Dengan Wanita Misteri Akhirnya Syed Saddiq Bersuara Sesuatu

9112
0

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat laporan p0lis apabila wang berjumlah RM250 ribu h1lang dari kediamannya di Petaling Jaya.

Pelbagai spekulasi timbul berkenaan bagaimana wang sebanyak itu boleh dimiliki bekas menteri ini.

Syed Saddiq kemudiannya menjawab persoalan tersebut menerusi pos laman sosialnya.

Untuk tujuan ubah suai rumah

Menurut Syed Saddiq, dia dan keluarga tiada sebab untuk menyembunyikan sumber duit berkenaan, malahan sudah membuat laporan mengenai kehilangannya.

Tambahnya, jumlah RM250 ribu itu bukan miliknya seorang namun pemilikan bersama kedua ibu bapa.

Saya dan keluarga tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.

Malahan kami sendiri yang membuat laporan p0lis berkenaan keh1langan wang. Sekiranya benar duit itu
dari sumber tak elok , why should we report it?

Saya ambil maklum akan laporan SPRM yang dibuat dan faham akan tugas SPRM dalam meny1asat segala tuduhan dan laporan. Saya akan berikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan SPRM. Wang tersebut merupakan wang peribadi milik saya serta ibu bapa.

Mereka juga telah membuat laporan p0lis berkenaan kehil4ngan wang tersebut. RM90 ribu milik saya, RM50 ribu milik ibu saya dan RM70 ribu milik ayah saya.

Majoriti wang itu dikeluarkan bagi tujuan renovasi rumah yang kami miliki bersama. Selainnya adalah untuk tujuan peribadi.

Sampai sekarang saya tidak memiliki sebuah rumah. Dengan itu saya, Abuyah dan mama mengambil ketetapan untuk membeli rumah bersama. Dan saya berhasrat ingin pindah ke rumah tersebut selepas siap renovasi.

Rumah belum siap renovasi, peralatan elektronik & perabot semua belum dibeli lagi.

Tak kompromi isu integriti

Terang Syed Saddiq, dia sudah mengarahkan pegawainya untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba memfitn4h dan mengaitkan duit berkenaan sebagai duit h4ram.

Saya sudah mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan p0lis dan mengambil tindakan kepada mereka yang memfitn4h saya dan keluaga dengan cubaan untuk mengaitkan kees ini dengan duit h4ram atau wanita yang dikatakan bersama saya.

Ini adalah fitn4h untuk menjatuhkan reputasi saya dan keluarga.

Saya juga tidak akan berkompromi bab integriti dan akan memastikan diri dan keluarga saya memberi kerjasama penuh dalam membantu pihak p0lis dan SPRM.

Saya harap semua pihak berhenti berspekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa membuat siasatan.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Kredit : ohbulan.com

Sumber : Syed Saddiq

Previous articleLelaki ini ditahan kerana sorok isteri dalam but kereta ketika PKP
Next article[Video] “Terima Kasih Dr Noor Hisham Dan Petugas KKM,” Tun M Titip Ucapan Buat ‘Frontliner’ Cov-l9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here