Saya cuma nak semua orang bahagia dan masuk syurga dan saya akan tunaikan hak mereka mendekati Islam sebab saya tahu hidup saya macam mana dahulu, sangat tidak bahagia. Saya sesat tak kenal Tuhan, saya betul-betul deg1l.
Nakalnya saya dulu-dulu, kawan dengan budak-budak besar yang jah@t-jah@t bila cikgu pukol, saya pancitkan kereta dan cat rumah dia. Tetapi masa saya pergi sekolah, ada cikgu matematik bagi ceramah.
Bila cikgu bagi tahu tinggal satu solat bersamaan 80 tahun di ner@ka saya menang1s tak berhenti.”
Ayah gar@ng tapi dengan mak romantik habis…
Demikian luahan Ustaz Ebit Lew sebelum ini yang pernah tular, ketika menyampaikan ceramah sempena Open Day: BR Hackathon Day pada tahun 2019 anjuran Inasis Bank Rakyat di padang Kachi, UUM.
Saya mula teringat mak ayah saya. Cita-cita saya yang pertama, untuk pastikan mak ayah masuk syurga. Saya terlalu sayang mak ayah, saya tak nak mereka masuk ner@ka. Itu yang buat saya berubah dalam hidup.
Itu juga yang membakar semangat belajar mendalami Islam dan berdakwah.
Hari-hari saya rajin belajar, baca buku, Saya balik rumah, saya masuk ikut pintu belakang untuk belajar kenal ALLAH. Bapa mar@h, dia r0tan saya. Ayah saya gar@ng. Kalau ayah pegang kayu pukul 7 malam, anak-anak semua masuk rumah tapi dengan mak dia romantik habis, makan bersuap-suap dan tak pernah mar@h mak.
Semangat berdakwah bermula sejak kecil dan sering mengikut orang-orang tua masuk kampung orang asli untuk berdakwah. Satu hari saya balik rumah pandang mak ayah saya menang1s.
Saya balik dari masjid, saya menyorok dalam rumah sedang ralit baca Al-Quran dan hadis, tiba-tiba mak datang.
Mak menang1s duduk dekat saya katanya dia mahu belajar solat dan kenal ALLAH cuma saya sed1h ayah masih dengan dunianya. Hari-hari saya menang1s mendoakan dia. Ya ALLAH, saya tak nak ayah masuk ner@ka. Saya sayang dia. Berilah hidayah kepada dia.”
Saya doa sungguh-sungguh sambil menang1s tetapi jauh di sudut hati sebenarnya saya tak percaya ayah boleh berubah. Cuma saya positif, setiap hari saya balik rumah, saya fikir, mesti ayah tengah solat, tengah buka Al-Quran dan buat benda baik-baik.
Detik terindah dalam hidup saya…
Tahu tak hari paling gembira dalam hidup saya? Masa saya baca al-Quran dan hadis, bapa datang duduk sebelah saya, soalnya memancing minat. Ebit, boleh tolong ayah? Mata ayah berkaca. Boleh tak ajar ayah kenal ALLAH, ajar ayah solat…?
Saya terus menang1s tak henti-henti di pangkuannya. Saya pegang tangan dia, bawa pergi ambil wudhuk. Masa itu saya merasa kagum dengan kebesaran ALLAH, saya sangat yakin dengan kekuatan doa, tiada apa yang mustahil.
Perkara yang saya fikir paling mustahil, rupa-rupanya saya terlupa yang Allah kenal bapa lebih daripada saya kenal bapa saya sendiri. Saya ajak dia solat, bentangkan dua sejadah, saya imam dia makmum. Tengah solat, ayah menang1s kuat-kuat. Dia tak baca apa-apa.
Ayah: Ebit, ALLAH maafkan ayah tak? Ayah jah@t, ayah tak pernah kenal Dia, ayah tak pernah terima kasih pada Dia?
Ebit: Ayah, tahu tak siapa yang bawa ayah hari ini untuk solat, untuk kenal ALLAH? Kalau ayah nak tahu, bukan mak, bukan Ebit, bukan siapa-siapa, tapi ALLAH yang Maha Kaya, Maha Penyayang, Maha Pengasih, yang maha segala-galanya.
Dia yang menjadikan sesuatu, yang miliki segala sesuatu. Ayah, dia yang jaga kita dari dulu sampai sekarang, Dia yang bagi ayah hidayah, Dia dah maafkan ayah.
Itulah hari yang paling bahagia dalam hidup saya. Kalau saya tak kenal tuhan, saya tak tahu apa yang jadi dalam hidup saya sekarang. saya sangat bahagia dapat kenal ALLAH kalau tidak musnah hidup saya.
Entah kat longkang mana saya hidup sekarang, entah apa yang saya akan buat kalau saya tak kenal tuhan, saya tak tahu apa yang akan jadi dalam hidup saya. Tapi lepas kenal tuhan, saya sangat bahagia. Saya jumpa mana-mana orang saya bagi tahu pada semua orang, supaya mereka belajar dan kenal… tuhan ini cuma satu.
Nama tuhan kita ALLAH, nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Kena bagi tahu pada semua bukan Islam dan sayangi mereka. Dia masuk Islam atau tidak, mereka keluarga kita, tuhan yang jadikan kita semua dan tak boleh h1na sesiapa.
Tapi kita kena pujuk semua orang untuk mendekati Islam sekali-sekala bercakap dengan mereka beritahu dengan baik akhiri Ustaz Ebit Lew
Kredit kasi viral