Home Petua Tips “Bila Dah Bersedia, Saya Akan Buat Untuk Allah..” – Daiyan Trisha Pakai...

“Bila Dah Bersedia, Saya Akan Buat Untuk Allah..” – Daiyan Trisha Pakai Turban Sempena Bulan Ramadan

124
0

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha yang kini tampil dengan imej berturban memaklumkan tujuannya adalah bersempena menghorm4ti bulan Ramadan.

Menurut Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 29, dia mahu menutup aurat apabila sudah benar-benar bersedia dan bukannya dalam keadaan tergesa-gesa.

“Sebenarnya pemakaian turban ini bersempena bulan Ramadan. Lagipun saya baru balik dari umrah, jadi lebih baik saya tutup.

Tapi buat masa sekarang ni memang untuk Ramadan sebab sebelum pergi umrah pun Daiyan dan mula menutup aurat sikit.

“Daiyan cuba untuk istiqamah tapi buat masa sekarang memang tak rancang lagi. Niat tutup memang untuk menghorm4ti bulan Ramadan.

“Daiyan taknak la bila balik umrah terus pakai tudung lepas tu buka. Itu memang saya tak suka. Bila saya dah betul bersedia, betul-betul ikhlas nak menutup aurat, saya akan buat untuk Allah dan diri sendiri,” jelas Daiyan kepada Gempak.

Daiyan ditemui pada majlis berbuka puasa dan screening raya Astro yang diadakan di Connexion, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tambah pelantun lagu Penat ini lagi, dia bersyukur mempunyai peminat yang sentiasa positif tidak menghakimi dalam apa jua tindak-tanduknya.

“Daiyan sangat happy bila ada fans yang sangat menyokong dan pada masa yang sama mereka faham dan tidak menggesa saya untuk bertudung.

“Masa balik dari umrah, saya perlu memuat naik beberapa keping foto free hair dan pada mulanya saya risau kalau orang marah.

Tapi bila dah post, takde siapa cakap apa-apa. “Insyallah peminat-peminat saya sangat positif dan mereka akan terus mendoakan saya agar saya istiqamah,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :sinarviral

Previous articleBuat Kuih Raya Pukul 4 Pagi, Sekali Semperit ‘Kemb4ng’ Sebab Salah Tepung
Next article“Abah bangun abah…” -Tang1san ‘Anak Syurga’ Di Pus4ra Bapa bikin Seb4k

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here