Home Petua Tips “Bila Interview Merayu Nak Kerja, Bila Dah Dapat Makwe Tak Bagi Datang...

“Bila Interview Merayu Nak Kerja, Bila Dah Dapat Makwe Tak Bagi Datang Sebab Ada Staff Perempuan”

270
0

 

Susulan pandemik Covid-19, ramai yang kehilangan kerja dan sukar untuk mendapat pekerjaan. Namun, ada yang diberi peluang kerja, namun tidak menghargai sebaik mungkin.

Seperti perkongsian seorang netizen di Twitter bernama Azam Kahar ini, dia meluahkan rasa tidak puas terhadap seorang bekas kakitangannya.

Menurutnya, ketika temuduga lelaki tersebut merayu-rayu mahukan kerja, namun apabila diberikan kerja dia tidak hadir tanpa alasan kukuh. Malah, lelaki tersebut mahukan gaji pada hati sama menghantar notis berhenti kerja.

Perkongsiannya itu mendapt pelbagai reaksi daripada netizen, malah ada yang menyangkakan mungkin bekas pekerjanya itu berhenti kerana tidak gembira dengan tempat kerja.

Bagaimanapun, Azam menjelaskan bekas pekerjanya itu berhenti kerana menurut permintaan teman wanitanya yang cemburu bekerja di tempat tersebut kerana ada pekerja wanita.

Kata Azam lagi, bekas pekerjanya memberitahu teman wanita mengugut untuk putus jika dia datang bekerja.

Apa yang pasti, jawapan diberikan oleh lelaki tersebut membuatkan netizen geleng kepala. Malah, netizen berseloroh kerana alasan tersebut tidak munasabah dan mustahil untuk mencari pekerjaan yang hanya ada satu jantina sahaja.

Dalam pada itu, ada yang hairan dengan sikap lelaki tersebut yang sanggup berhenti kerja daripada putus dengan kekasih sedangkan zaman sekarang sukar untuk mencari pekerjaan.

SUMBER: Twitter Azam Kahar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://gulapop.com/

Previous articleKerana Terlalu 0bses Dgn Kecantikan, Pembuluh Mata Wanita Ini Pec4h Dicucvk Eyelash Extension Ketika Tidur..! –
Next articleGig1h Beri S3mangat & Law4t Keluarga Kru2 Kapal Lain, Tab4hnya Isteri Seorang Komander!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here